Saturday, August 14, 2010

Rakyat Malaysia didakwa di Singapura, Brunei kerana skim pelaburan haram

KUALA LUMPUR, Rabu (Bernama) - Dua rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura, didakwa di mahkamah Singapura dan Brunei, kerana menjalankan kegiatan perniagaan secara penipuan dan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen yang sah, kata Bank Negara.
Pada 30 Julai, rakyat Singapura Phang Wah dan rakyat Malaysia, Jackie Hoo Choon Cheat, kedua-duanya dari Sunshine Empire, masing-masing dihukum penjara sembilan tahun dan tujuh tahun oleh Mahkamah Daerah Singapura kerana menjalankan kegiatan pelaburan secara penipuan.
Mereka disabitkan mengikut Seksyen 340 Akta Syarikat Singapura dan pecah amanah jenayah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan Singapura.
Pada 3 Jun 2010, Sunshine Empire Sdn Bhd didenda RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur apabila mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 kerana menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen yang sah.
Dalam perkembangan lain, Hasri Mohd Noor, Pengarah Business Time Dina Sdn. Bhd., syarikat berkaitan Pan Phoenix Dina Sdn. Bhd., dihukum penjara selama enam tahun oleh Mahkamah Tinggi Brunei pada 7 Ogos 2010 mengikut Perkara 93 (1) Order Perbankan 2006 kerana menerima deposit secara haram.
Hasri Mohd Noor sedang menghadapi pertuduhan di Malaysia atas kesalahan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya tidak menyimpan wang atau deposit dengan institusi yang tidak berlesen atau terlibat dalam sebarang bentuk skim cepat kaya bagi mengelak daripada kehilangan wang mereka.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berhubung skim kewangan haram dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Bank Negara Malaysia di Laman Web Amaran Penipuan Kewangan (http://fraudalert.bnm.gov.my).
Untuk maklumat dan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara di 1-300-88-5465.

Permainan tradisi Brunei tembusi alam maya

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Sesuai dengan arus teknologi terkini, inovasi permainan tradisional Brunei yang dikenali sebagai permainan Pasang boleh dimainkan dengan sistem rangkaian komputer.
Inovasi permainan strategi Pasang Emas yang memenangi anugerah Produk Buatan Brunei dalam Anugerah ICT (BICTA 2010) itu dihasilkan oleh Cyberunai eServices.
Media Permata berkesempatan menemu bual pengurus besar Cyberunai eServices, Pengiran Haji Asmali Pengiran Badarudin yang melahirkan rasa bersyukur di atas kemenangan di tempat ketiga bagi kategori Industri ICT dan memenangi Anugerah Produk Buatan Brunei.
Beliau menjelaskan bahawa kemenangan itu adalah salah satu langkah untuk memajukan lagi industri ICT di negara ini sambil memperkenalkan permainan tradisional Brunei dalam dan luar negara.
Menurut beliau, perisian permainan pasang itu dicipta oleh seorang pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Dr. Norjaidi yang menghasilkan sebuah perisian bagi pemain bertanding dengan komputer (Artificial Intelligence).
Apabila perisian itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Cina pada pameran di Naning, China pada tahun 2008, maka Pengiran Haji Asmali mula meningkatkan lagi perisian itu dengan menghasilkan perisian permainan pasang yang melibatkan dua hingga tiga orang pemain dengan sistem rangkaian (network) komputer.
"Dari semasa ke semasa, Cyberunai eServices akan terus meningkatkan perisian permainan pasang yang bukan hanya untuk mempromosikan permainan tradisional itu tetapi juga untuk menarik perhatian generasi muda mengenai permainan itu dengan cara yang mudah," jelasnya lagi.
Seperti dalam perancangan satu lagi perisian yang bakal dihasilkan ialah 'Mobile Pasang' yang membolehkan permainan itu dimuat turun ke telefon bimbit, jelasnya.
Beliau berkata perancangan itu dihasilkan bersama rakan kongsi beliau dari India, ProXS Infocomm Limited bagi penghasilan perisian yang dimuat turun ke telefon bimbit dan dijangka akan dilancarkan bulan September tahun ini.
Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa sasaran pelanggan yang berpotensi untuk perisian Pasang Emas itu ialah Penerbangan Diraja Brunei (RBA). Ini kerana perisian itu bolehlah dipasang di kapal terbang untuk membolehkan pelanggan RBA bermain permainan itu ketika dalam penerbangan.
Beliau juga menjelaskan bahawa AiTi melalui Kementerian Pendidikan sudah pun melancarkan perisian Pasang Emas itu bulan lalu dan dijangka akan diedarkan ke sekolah-sekolah menengah minggu hadapan.
Beliau juga merancang mahu mengadakan Pertandingan Pasang Digital Kebangsaan menggunakan kemudahan yang diciptakan itu tertakluk kepada pihak-pihak tertentu, ujarnya lagi.
Beliau turut menunjukkan kepada Media Permata satu kotak mini pasang yang mengandungi dua perisian rangkaian Pasang Emas, satu set papan dan butang permainan pasang yang telah pun diubahsuai saiznya agar lebih mudah dibawa.
Beliau kemudiannya melahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang terlibat memberikan peluang dan sokongan kepada Cyberunai eServices merealisasikan inovasi untuk mempertahankan permainan tradisional Brunei itu.
Untuk keterangan lanjut mengenai perisian yang buat pertama kalinya dihasilkan seratus peratus oleh warga tempatan itu bolehlah menghubungi pengurus besar sendiri, Pengiran Haji Asmali Pengiran Badarudin ditalian 8904980.

Zakat Fitrah $2.84 beras wangi, $1.93 beras biasa

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Zakat Fitrah bagi tiap-tiap seorang Islam di Negara ini bagi 1431 Hijrah /2010 ialah beras seberat 2 kilo 268 gram atau dengan nilai wang (bertaqlid kepada Mazhab Hanafi) iaitu $2.84 jika Beras Wangi dan $1.93 jika Beras Siam. Umat Islam di negara ini boleh membayar Zakat Fitrah mereka kepada amil-amil yang telah pun dilantik di tempat yang telah ditetapkan di kawasan masing-masing bermula esok (Khamis, 12 Ogos).
Pejabat Majlis Ugama Islam dalam Surat Pemberitahuan Bil: 2/2010 memaklumkan bahawa menurut Mazhab Syafie, Zakat Fitrah hanya sah dikeluarkan daripada makanan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri itu, dan di negara ini adalah beras. Makanan biasa dan asasi bagi penduduk negara ini ada dua jenis iaitu Beras Wangi dan Beras Siam, yang kedua-dua harga beras itu telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negara ini.

Peragut larikan gelang $10,000

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai membawa lari seutas gelang tangan emas dalam kejadian ragut berani yang berlaku di sebuah kedai emas di Kiulap, kira-kira jam 10.45 pagi ini.
Menurut pekerja perempuan di kedai berkenaan, dalam kejadian itu seorang lelaki yang memakai baju senyawa (Coverall) berwarna oren datang ke kedai itu dan berkata kepada pekerja itu bahawa beliau ingin melihat gelang tangan yang terbesar yang terdapat di kedai berkenaan.
Selepas itu pekerja itu pun menunjukkan gelang tangan berkenaan kepada lelaki terbabit yang seterusnya bertindak meragut dan terus melarikan diri.
Melihat kejadian itu, seorang pekerja yang lain terus mengejar lelaki berkenaan tetapi terdapat sebuah kereta sedang menanti lelaki itu di luar dan kereta itu terus memecut meninggalkan tempat kejadian berkenaan.
Lelaki berkenaan berjaya membawa lari seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai lebih $10,000 dalam kejadian nekad yang dilakukan secara terang terangan itu.
Pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang diklasifikasikan sebagai kes ragut (snatch theft) dan sedang membuat siasatan lanjut berhubung dengan kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membeli sebarang barang kemas atau emas yang dijual dengan harga yang murah dari mana-mana pihak yang tidak dikenali.
Polis juga meminta bantuan daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menghubungi mana-mana Balai Polis yang 

Polis sedang cari Khairol Azmi

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Pasukan Polis Diraja Brunei memohon bantuan dari orang awam untuk memberikan maklumat mengenai dengan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki berhubungan dengan beberapa kes penipuan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, hari ini, lelaki berkenaan iaitu Awang Khairol Azmi Haji Kula berusia 33 tahun yang mempunyai kad pengenalan, 00-268026 (Kuning), dikehendaki oleh pihak Polis berhubungan dengan beberapa kes-kes penipuan.
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zamri Salleh Haji Mamud di Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Jabatan Siasatan Jenayah, Blok 2C, Bangunan Ong Sum Ping dengan menghubungi talian 2232001/ 2232002/ 2232003/ 2232004/ 2232005/ 2232006 atau 2232007, pada bila-bila masa. Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi talian holine Polis, 993.

Thursday, August 12, 2010

ramadhan al mubarak

hari ini negara brunei darussalam nyambut bulan ramadhan 1431hijrah. bulan keampunan,bulan seribu rahmat.semoga bulan ramadhan tahun ini. lebih baik dari  tahun lepas. salam ramadhan utk semua. semoga alam kita d terima allah.. aminnnn