Saturday, July 16, 2011

baginda sultan Berkenan terima Mushaf Penyurihan Belia

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menerima Mushaf Penyurihan Belia yang dihasilkan menggunakan kaedah penyurihan oleh belia negara ini termasuk peserta termuda berusia 13 tahun, dua mualaf serta lima beliawanis.
Dihasilkan dalam masa 65 hari, ia bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan Ke-65.
Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Dalam temu bual bersama media, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Awang Haji Hazair Haji Abdullah berkata ia ditulis oleh belia dalam masa 65 hari.
Belia berkenaan datang daripada pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan seperti Pusat Dakwah Islamiah, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dewan Bahasa dan Pustaka, Maahad Islam Brunei, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan guru agama.
"Majlis hari ini merupakan kemuncaknya. Ia menunjukkan rasa sayang belia kepada seorang raja yang prihatin dan mendoakan supaya Baginda Sultan dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.
"Seperti yang kita ketahui, belia adalah pemimpin generasi masa depan," ujar Yang Berhormat Pehin.
Melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menyempurnakan tugasan berkenaan merupakan satu cabaran memandangkan ia bukannya pekerjaan mudah, tetapi dengan kesungguhan jitu, mereka mampu menyelesaikannya terutama sekali dalam memastikan kesucian dan kesempurnaan kitab suci berkenaan, tambahnya.
Menurut Yang Berhormat Pehin, ada kaedah yang perlu diamalkan ketika melaksanakan tugas penyurihan mushaf berkenaan seperti sentiasa dalam keadaan berwuduk, membaca doa serta menunaikan solat sunat hajat yang sangat digalakkan. Sementara itu, seorang pereka dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga artis terkenal tanah air, Pengiran Kamarulzaman Pengiran Haji Tajuddin, berkata beliau mereka bentuk bahagian depan, belakang dan tulang belakang mushaf berkenaan.
Ia sememangnya tugasan mencabar yang dilaksanakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka.
"Misi itu nampak mustahil pada awalnya tetapi dengan keyakinan yang dibina, akhirnya kami berjaya melakukannya," jelasnya.
Beliau menambah, "80 peratus reka bentuk mushaf itu memaparkan ciri-ciri reka bentuk tradisional yang digelar 'Daun Lukut' dan 'Rawai'.

titah KDYMM sempena hari keputeraan yg ke 65

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-65 Tahun pada 13hb Sya’ban, 1432 / 15hb Julai, 2011
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihie Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalatu Wassalamu Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah, kita bersyukur kerana dengan rahmat dan izin Allah jua, dapatlah istiadat pada pagi ini berjalan dengan baik dan sempurna.
Mula-mula Beta dengan gembira merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para “tetamu khas” Beta yang sudi hadir diistiadat meraikan ulang tahun Hari Puja Usia Beta yang ke-65.
Beta juga merakamkan penghargaan yang sama, kepada mereka yang telah menghantarkan perutusan ucap selamat kepada Beta dan keluarga, bersempena dengan sambutan ini.
Kita menyedari bahawa usaha pembangunan di merata dunia berjalan dengan amat rancak. Ia ternyata memberi tekanan yang luar biasa pada sumber-sumber alam semula jadi yang terhad dan ekosistem.
Terdapat kesan negatif dari tekanan ini dialami oleh dunia. Antaranya, ada kaitan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, pemanasan global, kejadian banjir, kebakaran hutan, kemarau dan pencemaran alam yang mengancam.
Ini ditambah lagi dengan bencana alam lain seperti gempa bumi, tsunami dan tanah susur, di samping isu-isu kesihatan berupa penyakit-penyakit kronik dan epidemik.
Realitinya, dunia adalah benar-benar sedang menghadapi cabaran masa depan yang luar biasa.
Dalam keadaan yang sedemikian ini, pilihan kita adalah jelas, perlu meneruskan agenda pembangunan yang seimbang. Pertama, Rancangan Kemajuan Negara, (RKN) perlu mendasari kehendak strategik dengan perlaksanaan yang berkesan. Kedua, perancangan sumber tenaga manusia perlulah lebih tersusun. Dan ketiga, penggubalan rangkaian undang-undang dan peraturan yang secukupnya, juga diperlukan untuk menjaga kepentingan pembangunan.
Insya Allah, dengan cara ini, ekonomi kita akan terus tumbuh, dengan negara juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang lebih luas kepada generasi muda, serta kedudukan kewangan negara bertambah mantap dan berdayatahan.
Sementara itu, pendekatan pembangunan kita akan diteruskan dengan amalan hidup bermuafakat dan sihat, ta’at berugama dan setia kepada Raja berlandaskan MIB atau Melayu Islam Beraja.
Bagi memantapkan pendekatan tersebut, kita perlu menyemai sikap suka membina diri, rajin dan gigih, berjimat-cermat dan melabur untuk masa depan.
Kerana itu kita mesti memberikan tumpuan kepada kemajuan pendidikan. Di bidang ini alhamdulillah, kita telah banyak mencapai kemajuan. Pelaburan dan infrastruktur pendidikan kita adalah antara yang terbaik. Secara relatif, peratus rakyat kita yang mempunyai pendidikan tinggi adalah antara yang tertinggi di dunia. Kadar celik huruf kita juga sangat tinggi.
Namun ini, tidaklah membenarkan kita untuk mendiamkan diri dari melihat mana-mana yang masih kedapatan lemah.
Sebagai misal, kadar keciciran penuntut di peringkat sekolah rendah dan menengah, adalah di tahap yang membimbangkan. Tidakkah ini menunjukkan, bahawa asas pendidikan kita masih perlu lagi diperbaiki?
Pada masa ini juga kita mengalami kekurangan calon-calon yang mempunyai kelulusan empat (4) kepujian GCE Peringkat ‘O’ atau lebih, untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu.
Ada pula setengah daripada mereka mempunyai kelayakan di peringkat ‘O’ atau ‘A’, tetapi tidak mencukupi untuk mendapat peluang mengikuti kursus di institusi-institusi teknikal dan vokasional Kerajaan yang terhad. Pada waktu yang sama, mereka juga tidak dapat melanjutkan pelajaran di institusi-intitusi sektor swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan kerana tidak mampu untuk membiayainya.
Beta berpendapat, golongan ini perlulah dibantu untuk menjalani latihan-latihan bersesuaian bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Maka, sebagai langkah segera untuk golongan ini, Beta telah memperkenankan tiga (3) skim dibawah Dana Sumber Manusia, untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Pertama ialah pembaikan ke atas Skim Latihan dan Pekerjaan yang berjalan sekarang dan memberikan insentif kewangan kepada anak-anak tempatan yang telah dilatih dengan kemahiran, asalkan mereka itu terus berkerja di sektor swasta.
Kedua, Skim Pembangunan Keupayaan Sumber Tenaga Di Sektor Swasta, iaitu berupa biasiswa untuk membolehkan anak-anak tempatan yang bekerja di sektor swasta melanjutkan pelajaran di dalam atau di luar negeri, bagi meningkatkan kelayakan dan kemahiran.
Ketiga, Skim Biasiswa Dalam Negeri bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional Di Institusi Pengajian Swasta, khusus untuk penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat ‘O’ atau ‘A’ yang layak, tetapi tidak mendapat peluang yang terhad untuk belajar di institusi-institusi teknikal dan vokasional Kerajaan.
Dan sebagai tambahan kepada skim-skim di atas, Beta juga memperkenankan perubahan elaun pelajaran kepada pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam, khusus untuk anak-anak mereka yang belajar di institusi-institusi swasta di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan, yang mengikuti kursus-kursus tertiary seperti persijilan, pre-diploma, diploma, diploma tertinggi dan ijazah.
Elaun Pelajaran bagi kursus peringkat tertiari ini juga dilaratkan kepada anak-anak rakyat dan penduduk tetap Negara ini yang berkerja di sektor swasta, yang menjadi ahli aktif Tabung Amanah Pekerja. Pemberian elaun ini akan bermula dari 1 Januari, 2012.
Beta berharap, langkah-langkah ini akan dapat meningkatkan kapasiti serta mengukuhkan lagi sektor swasta, terutamanya bagi menghasilkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan.
Menyebut Perkhidmatan Awam pula, adalah penting, untuk mengetahui akan keperluan tenaga manusianya serta mempastikan keupayaannya sentiasa sejajar dengan keperluan semasa.
Ke arah ini, Beta mahu supaya perkhidmatan skim-skim dimantapkan. Mana-mana skim yang tidak lagi sejajar dengan dengan keperluan semasa perlulah direbiu, supaya ianya releven dan menepati kepeluan semasa. Sebagai sifatnya skim-skim perkhidmatan, ia perlu menekankan aspek-aspek kelayakan, kemahiran dan latihan-latihan. Skim juga perlu, untuk menunjukkan laluan-laluan kemajuan kerjaya, dengan pensyaratan yang perlu dipenuhi.
Di bidang perguruan dan perubatan, kita Alhamdulillah, telahpun menyediakan skim-skim perkhidmatan baru, yang bertujuan bagi prospek kerjaya, serta untuk menarik lebih ramai lagi mereka yang berminat bagi menceburi bidang-bidang ini. Beta penuh yakin, skim-skim baru seperti ini akan menyumbang kepada kemajuan modal insan, dengan syarat, ia digunakan dengan baik dan tidak disalahgunakan.
Bagi tujuan penyelarasan keistimewaan kepada warga Perkhidmatan Awam, Beta telah memperkenankan perubahan keatas elaun tambang, termasuk melaratkannya kepada semua pegawai dan kakitangan perempuan di dalam perkhidmatan awam. Perubahan ini akan berkuasa pada 1 Januari, 2012. Dan sebagai salah satu keistimewaan yang masih lagi dihulurkan kepada warga perkhidmatan awam pada masa ini, elaun tambang ini juga akan terus direbiu dari masa kesemasa, tertakluk kepada kemampuan sumber Kerajaan.
Satu lagi faktor penting menuju pembangunan yang berdayatahan ialah, peningkatan produktiviti di dalam sektor awam dan swasta dengan penggunaan teknologi terkini dan pelaburan dalam penyelidikan dan inovasi.
Melalui penyelidikan dan inovasi, banyak gagasan dan pemikiran boleh dimajukan. Kerana itu, penyelidikan dan inovasi ini, biarlah ia bertapak kukuh untuk mendasari ekonomi kita, selaras dengan saiz penduduk kita yang kecil.
Kita mesti mengukuhkan institusi dan infrastruktur yang diperlukan. Ke arah ini, Kerajaan adalah sedang menyediakan perlindungan undang-undang hakcipta, dalam bentuk, Perintah Patent atau Hakcipta, yang insya Allah akan dikuatkuasakan tidak berapa lama lagi. Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan kewangan yang bersesuaian dalam Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang, untuk tujuan penyelidikan dan inovasi.
Bagaimanapun, dalam apa jua keadaan, penggunaan sumber-sumber negara akan tetap dilaksanakan secara berhemat.
Pada misalnya, penggunaan gas asli tempatan sebagai bahan bakar adalah sentiasa meningkat. Penggunaan tenaga per kapita negara juga, adalah yang paling tinggi di ASEAN. Dalam waktu yang sama, tunggakan pembayaran elektirk bagi sektor rumah kediaman dan perniagaan juga terus meningkat.
Sementara subsidi Kerajaan keatas produk petroleum telah meningkat lebih dari 45% pada tahun lepas, berbanding tahun sebelumnya.
Maka oleh itu, negara adalah perlu untuk menjimatkan sumber-sumber asli tersebut, sebagai usaha mengelakkan dari terjejasnya pendapatan negara dari ekspot dan penggunaan untuk industri hiliran.
Ini, termasuklah meningatkan effisiensi pemakaian tenaga meneroka penggunaan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui atau ‘renewable’.
Dalam perkara ini, Kerajaan Beta sedang meneliti satu tarif baru, yang antara lain bertujuan, untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah, dan dalam masa yang sama, untuk mendorong orang ramai supaya mengelakkan pembaziran. Tarif baru ini, insya Allah akan berkuatkuasa pada 1 Januari, 2012.
Bagi mengatasi masalah tunggakan pula, Beta telahpun memperkenankan bagi penggantian post-paid meter kuasa elektrik kepada pre-paid meter di rumah-rumah persendirian, yang akan dilaksanakan secara percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
Ini sama juga dengan perumahan untuk rakyat. Program pembinaan, bukan sahaja dilaksana dengan lebih cepat, tetapi juga ‘sustainable’ dari segi penggunaan tanah, kos pembinaan dan pemberian subsidi Kerajaan, serta
keupayaan pemilik untuk membayarnya.
Mengenai keupayaan pemilik ini, Beta telahpun memperkenankan satu pengkajian dijalankan untuk mengenalpastikan satu sistem tabungan, dimana pemohon perumahan akan dapat menabung untuk perumahan seawal yang boleh. Insya Allah sistem tabungan ini akan dikenalkan sebaik-baik sahaja pengkajian selesai nanti.
Beralih kepada bidang kesihatan, kita tidak ada pilihan melainkan menukarkan fokus perkhidmatan daripada rawatan (cure) kepada pencegahan (prevention) supaya ianya dapat berdayatahan dalam jangka panjang.
Ini dapat dilaksanakan dengan cara meningkatkan kesedaran orang ramai, betapa pentingnya mengamalkan cara hidup sihat secara inklusif atau “Health in All Policies” di dalam semua tindak-tanduk mereka seharian, sebagai sifatnya kunci kepada pencengahan yang efektif.
Di bidang kemasyrakatan, alhamdulillah, Beta sangat gembira dan menghargai sikap prihatin di kalangan rakyat dan penduduk dalam sama-sama membantu kumpulan-kumpulan orang-orang berkeperluan khas melalui usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs).
Bagi membolehkan NGOs tersebut memberikan sumbangan yang lebih berkesan, Beta telah memeperkenankan satu bantuan khas kepada NGOs dalam bentuk penyediaan tapak tanah, rekabentuk dan kebenaran untuk mereka membina bangunan dan kemudahan-kemudahan utama bagi kebajikan termasuk infrastruktur yang tidak bertentangan dengan peraturan.
Di samping itu, Beta juga memperkenankan bantuan kewangan tahunan pada jumlah yang bersesuaian untuk menampung sebahagian kos operasi masing-masing.
Dalam ehwal antarabangsa, kita akan terus mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan negara-negara luar dan hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. Hubungan antarabangsa yang sudah kita jalin, insya Allah akan tetap dipelihara dan diperkukukan.
Khusus di dalam pakatan ASEAN, kerjasama untuk mewujudkn dan menjaga kestabilan serantau adalah salah satu keutamaan. Kestabilan ini penting, bagi membolehkan kerjasama meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi diantara negara-negara ahli, dan menjadikan ASEAN sebuah pakatan serantau yang disegani dunia, lebih-lebih lagi rakan dialog.
Kerajaan, adalah tidak sekali-kali akan mengabaikan hal-ehwal keselamatan. Kerajaan sangat peka dengan cabaran-cabaran keselamatan, tradisional dan bukan tradisional, Kita akan terus mengukuhkan kemajuan institusi keselamatan di dalam negara dan mengukuhkan kerjasama serantau dan antarbangsa untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan semua.
Akhirnya di saat yang berbahagia ini, Beta dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan dan ucapan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk, meliputi warga Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta dan sekalian yang hadir ataupun tidak, atas sumbangan dan sokongan serta khidmat bakti mereka kepada Kerajaan Beta. Penghargaan yang setinggi-tingginya juga Beta ucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Perayaan, diperingkat daerah dan kebangsaan, atas segala khidmat usaha yang gigih pada menjayakan peryaan ini.
Semoga Allah jua yang akan membalas dengan limpah rahmat-Nya kepada mereka.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ’Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sunday, March 27, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Memperkasa undang-undang Islam

Hadir beta di Persidangan Majlis Ugama Islam pagi ini adalah selaku hamba Allah yang dilantik menjadi raja dan kepala negara serta ketua kerajaan bagi Negara Brunei Darussalam.
Selaku raja, kepala negara dan juga ketua kerajaan Beta adalah bertanggungjawab di hadapan Allah bersama dengan para pembantu Beta dalam Negara dan dalam kerajaan.
Maka atas asas inilah apa-apa jua yang akan Beta luahkan pada pagi ini adalah demi untuk mencari keredaan Allah jua, tidak ada yang lain daripada itu.
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara tua, menjadi Negara Islam semenjak dari sultan pertamanya lagi, Sultan Muhammad Syah, Tahun 1363-1402 M, sekitar sebelum 200 tahun setelah zaman Baginda, Brunei mulai menggubal undang-undangnya sendiri yang dikenali sebagai "Hukum Kanun Brunei."
Undang-undang ini dipercayai telahpun ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hassan, tahun 1582-1598 M dan sempurna dilaksanakan serta dikuatkuasakan dalam zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalilul Akbar, tahun 1598-1659 dan diteruskan lagi sebagai menjunjung wasiat daripada Sultan Abdul Jalilul Akbar oleh anakanda Baginda, Sultan Abdul Jalilul Jabbar tahun 1659-1660.
Ini menunjukkan Hukum Kanun Brunei pernah menjadi undang-undang dasar kepada Brunei dalam makna undang-undang ini telah pernah berjalan dengan luasnya di Negara Brunei Darussalam sehingga sampai kepada kedatangan dan campurtangan Inggeris kemudian ini turut diakui oleh orang Inggeris sendiri yang datang ke Brunei pada 1871 M.
Apa dia kandungan Hukum Kanun Brunei itu? Menurut para pengkaji ia adalah berasaskan undang-undang Islam di samping terdapat unsur undang-undang adat Melayu. Ia terdiri daripada lebih 40 fasal dan lebih separuh adalah mengandungi unsur-unsur Islam antaranya termasuk juga Undang-Undang Jenayah Syarak. Mengenai perkara undang-undang ini, Beta telahpun memperkenankan penubuhan sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Mensesuaikan Undang-undang Dengan Kehendak Ugama tertubuh dari tahun 1980 lagi, sudah berlalu 30 tahun usianya.
Di dalam satu munasabah, Beta pernah bertitah bunyinya "Dengan rasa keimanan yang bulat terdapat peraturan dan undang-undang Allah, maka Beta telah memperkenankan penubuhan mahkamah-mahkamah syariah sehingga ke tahap setinggi-tingginya, bagi menangani bukan saja pentadbiran undang-undang keluarga malahan juga di ketika yang sesuai dan munasabah akan juga mengendalikan Kanun Jenayah Islam (Islamic Criminal Act) selengkapnya, sebagaimana yang dituntut oleh Allah Ta'ala.
Beta penuh yakin niat yang baik ini akan menjadi sumber berkat kepada negara serta rakyat yang berlindung di dalamnya. Titah Beta bertarikh 15 Julai 1996 bersempena Hari Keputeraan Beta Ke-50 Tahun.
Dua sistem perundangan dan dua sistem kehakiman dengan berlakunya campurtangan Inggeris dan seterusnya menjadi kuasa penaung di Brunei telah menjadikan perundangan di Brunei turut mengalami perubahan, dengan Undang-Undang Islam yang luas dan menyeluruh tadi telah disempitkan menjadi cuma tinggal Undang-Undang Mal dan Keluarga saja berbanding Mahkamah Sivil yang ditubuhkan oleh Inggeris mempunyai bidang kuasanya yang lebih luas dan natijah daripada ini Brunei sekarang telah mewarisi dua sistem perundangan dan dua sistem kehakiman, syarak dan sivil.
Bagaimanapun, bagi perundangan dan kehakiman syarak yang ada ini, sudahkah ia memenuhi semua tuntutan syarak mengenainya? Jika belum, persoalan kita ialah Negara ini adalah Negara Islam, rajanya juga Islam, majoriti rakyatnya Islam dan kuasa memerintah juga di tangan orang Islam.
Atas kedudukan seperti ini dari segi tuntutan syarak apakah kita sudah boleh menganggap yang diri kita ini telah memenuhi tuntutan tersebut khasnya dalam bidang perundangan.
Apakah kita sudah boleh berpuas hati untuk menganggap bahawa kita ini telah memenuhi tuntutan syarak sehingga tidak perlu lagi risau akan tuntutan atau dituntut atau disoal oleh Allah di kemudian hari kelak?
Dalam makna apakah kita sudah layak untuk menganggap diri kita boleh terlepas dari risiko pahit seperti yang disebut oleh Al-Quran, Firman Allah Ta'ala:
Surah Al-Ma'idah Ayat 44 tafsirnya, "Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dalam makna mengingkarinya maka mereka itu adalah orang-orang kafir."
Surah Al-Ma'idah Ayat 45 tafsirnya, "Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."
Surah Al-Ma'idah Ayat 47 tafsirnya, "Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik."
Apakah kita sudah boleh berpuas hati dan yakin bahawa kita dalam kedudukan sekarang ini akan dapat terlepas daripada amaran-amaran Allah itu?
Dengan segala kejujuran terhadap Allah, kita rasanya belumlah dapat membuat pengakuan berpuas hati memandangkan kita sekarang baru memiliki akta undang-undang biasa saja tanpa belum lagi secara khusus memiliki akta undang-undang jenayah syariah.
Tidakkah dengan kedudukan kita seperti ini kita masih saja diambang harus untuk menerima akibat buruk seperti yang disebut oleh ayat-ayat tersebut di atas kerana kita dalam perkara perundangan hanya baru masih memenuhi sebahagian saja tuntutan syarak sementara sebahagiannya lagi belum.
Walhal di sana ada peringatan Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 85 tafsirnya, "Adakah patut kamu hanya akan percaya kepada sebahagian dari isi kitab Allah dan mengingkari sebahagian yang lain. Maka tiadalah balasan bagi sesiapa yang berbuat demikian itu di antara kamu melainkan hanyalah kehinaan ketika hidup di dunia jua dan pada hari kiamat pula akan ditolak ke dalam azab seksa yang sangat berat, dan ingatlah Allah sesekali tidak lalai dengan apa-apa yang kamu lakukan."
Pada hemat Beta, dengan kita mempunyai dua sistem perundangan dan dua sistem kehakiman, syarak dan sivil, adalah tiada masalah jika ia dikekalkan berjalan seiring.
Yang sivil saja kita sudah banyak mensesuaikan dengan kehendak ugama, lagipun bukan semua sivil itu bertentangan dengan syarak. Mana-mana yang tidak bertentangan dengan syarak kita kekalkan ia, sementara yang bertentangan saja kita sesuaikan dengan kehendak syarak.
Matlamat kita cuma untuk mencari yang terbaik di dunia dan di akhirat.
Khusus mengenai Undang-Undang Jenayah Syarak, hanya ini saja lagi yang kita masih menelitinya.
Pada hemat Beta, Akta Jenayah Syarak tidak akan ada masalah jika kita memilikinya, di samping terus mengekalkan apa yang ada.
Kita perlu menelitinya dengan alasan-alasan berikut:
Kerana ia adalah undang-undang Allah dan kita dituntut supaya melaksanakannya. Kita selaku hamba yang beriman tidak ada pilihan lain melainkan wajib mentaati suruhan Allah.
Brunei bukanlah baru dengan Undang-Undang Allah tetapi sejak sebelum Abad Ke-17 lagi sudah pun memakainya, hanya oleh kerana campurtangan dari kuasa asing maka Brunei terpaksa atau lebih tepat dipaksa untuk meninggalkannya.
Sekarang Brunei sudah pun merdeka, berkuasa penuh untuk menguruskan dirinya sendiri dan dengan kuasa memerintah pula berada dalam tangan orang Islam, maka tidakkah bagi penguasa Islam dan umat Islam yang bernaung di bawahnya wajib untuk mengembalikan semula Undang-Undang Allah itu di bumi ini.
Kalau tidak, bererti kita semua berdosa dan akan ditanya di akhirat kelak.
Dalam masa jika Brunei memiliki undang-undang jenayah syariahnya ia juga boleh terus mengekalkan undang-undang yang sedia ada. Malah ia adalah mustahak. Mengapa? Kerana ke arah perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syarak itu bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi amat sukar. Mengapa ia sukar? Kerana syarat-syaratnya terlampau ketat.
Seperti syarat keterangan bagi pensabitan satu-satu kes ia sungguh susah untuk dipenuhi. Misalnya bagi jenayah zina mesti ada 4 orang saksi lelaki Islam yang adil, yang mengaku menyaksikan keluar masuk alat lelaki ke dalam alat perempuan, yakni keempat-empat saksi itu mestilah sama-sama melihat keadaan dan perkara itu.
Jika tiga saksi saja misalnya yang melihat dan yang seorang lagi tidak, maka ini dianggap tidak memadai.Begitulah ketatnya syarat-syarat kesaksian bagi jenayah syarak itu sehingga ada yang menganggapnya sebagai mustahil untuk dapat memperolehnya.
Dalam masa yang sama kesusahan ini terjadi adalah sebagai rahmat Allah jua kepada manusia untuk menutupi aib manusia.
Walaupun ia tidak mudah dilaksanakan atau seperti mustahil untuk dapat dilaksanakan namun ia tetap dituntut untuk kita mempunyainya Akta Jenayah Syarak itu. Jika tidak pun tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan-keadaan biasa tetapi mungkin dalam keadaan luar biasa yang tidak diduga seperti misalnya seorang mengaku berzina dan minta untuk diadili dengan undang-undang syarak maka pada ketika itulah akta ini diperlukan.
Tetapi bayangkan kalau kita tidak mempunyai, dengan apakah kita akan menyelesaikan masalah ini?
Mengingat sukarnya Undang-Undang Jenayah Syarak itu untuk dapat dilaksanakan tidakkah pula masih relevan jadinya undang-undang yang sedia ada sekarang dikekalkan dulu.
Mana-mana kes Jenayah Syarak akan dinilai terlebih dulu sama ada boleh, sesuai, mencukupi syarat-syarat untuk ditangani dengan Akta Jenayah Syarak ataupun tidak. Kalau tidak maka ia akan ditangani dengan undang-undang biasa yang ada sekarang, tetapi setelah ia dirujuk kepada Undang-undang Syarak terlebih dulu.
Ini berbeza dengan keadaan sekarang. Kita sekarang belum ada lagi mempunyai Akta Jenayah Syarak, makanya apabila ada kes, kita akan terus saja menangani dengan undang-undang biasa yang ada itu padahal Undang-Undang Syaraknya ada berupa Nas tersebut dalam Al-Quran dan dituntut kita melaksanakannya.
Apakah cara kita selama ini betul dan dibenarkan oleh syarak? Beta pulangkan kepada ahli-ahlinya.
Pada hemat Beta, untuk menangani jenayah sekarang itu kita wajar mempunyai akta sendiri yang benar-benar merujuk kepada hukum syarak, sementara akta yang ada sekarang juga dikekalkan untuk menangani sekiranya kes itu tidak sesuai atau tidak mencukupi syarat untuk ditangani dengan undang-undang syarak.
Kerana jika tidak begitu semua kes boleh dibatalkan begitu saja dan ini tentu akan mengundang kepada keadaan-keadaan tidak menentu di dalam masyarakat di mana semua tangkapan-tangkapan misalnya di bawah Bab-bab 177 dan 178 Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 tidak boleh berjalan, dan jika tidak boleh berjalan ertinya jenayah-jenayah khalwat dan zina akan berleluasa jadinya.
Maka dengan itu Beta berpendapat akta yang ada masa ini pun masih relevan untuk dikekalkan di samping kita perlu juga ada Akta Jenayah Syarak sebagai middlenya bagi masa-masa tertentu, ia masih boleh dipakai.
Mudah-mudahan dengan cara ini Allah akan melapangkan kita daripada azabnya kerana tidak melaksanakan undang-undang.
Adapun tentang istilah atau nama bagi undang-undang Jenayah Syarak itu tidaklah mesti dipanggil hudud atau undang-undang hudud atau mahkamah hudud. Tidak mesti. Perkataan hudud itu mengandungi makna yang umum sebagai aturan-aturan atau batasan-batasan.
Di dalam Al-Quran ada beberapa ungkapan berbunyi hududullah ertinya aturan-aturan hukum Allah atau batasan-batasan hukum Allah atau syariah Allah. Ia sebenarnya meliputi semua hukum-hakam termasuk di antaranya hukum puasa, hukum bersatu dengan isteri dalam bulan puasa, hukum nikah kahwin dan pendeknya semua hukum-hakam untuk mengatur kehidupan dalam ibadat, akidah dan syariah.
Semuanya itu adalah mendukung maksud "hududud Allah" tetapi dalam konteks hukum jenayah sekarang istilah hudud ini sudah jadi tidak digemari dan malah dibenci oleh orang-orang Islam, ia dijadikan sebagai momok dan alasan untuk menolak Undang-undang Jenayah yang dikanunkan oleh Allah.
Jadi kalau kita tidak mahu memakai istilah ini pun pada hemat Beta tidaklah ia menjadi masalah, kita boleh namakan dengan lain-lain seperti misalnya Undang-Undang Jenayah Syarak atau Undang-Undang Jenayah Islam atau Undang-Undang Jenayah Allah Ta'ala dan lain-lain asal saja selari dengan "hududullah" atau aturan atau batasan hukum-hukum Allah. Habis perkara, tidak perlu lagi disebut-sebut Undang-Undang Hududkah atau Mahkamah Hududkah. Tidak lagi perlu.
Beta pulangkan kepada pihak-pihak berkaitan untuk mengambil keputusan, carilah formula bijaksana, yang penting matlamat dicapai demi mendapatkan reda Allah. Sekian.

Martabatkan hukum syarak


BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah supaya hukum syarak seumpama "Hukum Kanun Brunei" yang pernah dilaksanakan dan dikuatkuasakan di Negara ini bermula Tahun 1598 kembali dijadikan undang-undang dasar Negara ini.
"Sekarang Brunei sudah pun merdeka, berkuasa penuh untuk menguruskan dirinya sendiri dan dengan kuasa memerintah pula berada dalam tangan orang Islam, maka tidakkah bagi penguasa Islam dan umat Islam yang bernaung di bawahnya wajib untuk mengembalikan semula Undang-Undang Allah itu di bumi ini?
"Kalau tidak, bererti kita semua berdosa dan akan ditanya di akhirat kelak," tegas Baginda Sultan dalam titah Baginda di Persidangan Majlis Ugama Islam yang berlangsung di Bilik Komiti 1 & 2, Dewan Majlis pagi ini.
Turut berangkat hadir ialah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Baginda Sultan dalam titahnya itu telah menghuraikan secara terperinci akan sejarah perundangan syariah di Brunei sejak sebelum abad ke 17 dan menyelusuri perkembangannya termasuk semasa kedatangan Inggeris hingga ke masa kini.
Baginda seterusnya bertitah; "Kita perlu meneliti Akta Jenayah Syarak kerana ia adalah undang-undang Allah dan kita dituntut supaya melaksanakannya. Kita selaku hamba yang beriman tidak ada pilihan lain melainkan wajib mentaati suruhan Allah."
Titah Baginda, Brunei bukanlah baru dengan Undang-Undang Allah tetapi sejak sebelum Abad Ke-17 lagi sudah pun memakainya, hanya oleh kerana campur tangan dari kuasa asing maka Brunei terpaksa atau lebih tepat dipaksa untuk meninggalkannya.
"Dengan berlakunya campur tangan Inggeris dan seterusnya menjadi kuasa penaung di Brunei telah menjadikan perundangan di Brunei turut mengalami perubahan, dengan Undang-Undang Islam yang luas dan menyeluruh tadi telah disempitkan menjadi cuma tinggal Undang-Undang Mal dan Keluarga saja."
"Berbanding Mahkamah Sivil yang ditubuhkan oleh Inggeris mempunyai bidang kuasanya yang lebih luas dan natijah daripada ini Brunei sekarang telah mewarisi dua sistem perundangan dan dua sistem kehakiman, syarak dan sivil."
Bagaimanapun, bagi perundangan dan kehakiman syarak yang ada ini, sudahkah ia memenuhi semua tuntutan syarak mengenainya? Soal Baginda Sultan sambil seterusnya bertitah, jika belum, persoalan kita ialah negara ini adalah Negara Islam, rajanya juga Islam, majoriti rakyatnya Islam dan kuasa memerintah juga di tangan orang Islam.
"Atas kedudukan seperti ini dari segi tuntutan syarak apakah kita sudah boleh menganggap yang diri kita ini telah memenuhi tuntutan tersebut khasnya dalam bidang perundangan?"
"Apakah kita sudah boleh berpuas hati untuk menganggap bahawa kita ini telah memenuhi tuntutan syarak sehingga tidak perlu lagi risau akan tuntutan atau dituntut atau disoal oleh Allah di kemudian hari kelak."
Pada hemat Baginda Sultan, Akta Jenayah Syarak tidak akan ada masalah jika dimiliki, di samping terus mengekalkan apa yang ada kerana dengan mempunyai dua sistem perundangan dan dua sistem kehakiman, syarak dan sivil, adalah tiada masalah jika ia dikekalkan berjalan seiring.
Dengan memiliki Akta Jenayah Syarak, mana-mana kes Jenayah Syarak akan dinilai terlebih dulu sama ada boleh, sesuai, mencukupi syarat-syarat untuk ditangani dengan Akta Jenayah Syarak ataupun tidak, jelas Baginda dalam titahnya.
Baginda Sultan seterusnya bertitah, kalau tidak maka ia akan ditangani dengan undang-undang biasa yang ada sekarang, tetapi setelah ia dirujuk kepada Undang-undang Syarak terlebih dulu.
"Ini berbeza dengan keadaan sekarang. Kita sekarang belum ada lagi mempunyai Akta Jenayah Syarak, makanya apabila ada kes, kita akan terus saja menangani dengan undang-undang biasa yang ada itu padahal Undang-Undang Syaraknya ada berupa Nas tersebut dalam Al-Quran dan dituntut kita melaksanakannya."
Baginda Sultan kemudiannya bertitah mempersoalkan, "Apakah cara kita selama ini betul dan dibenarkan oleh syarak? Beta pulangkan kepada ahli-ahlinya."
Pada hemat Baginda Sultan, untuk menangani jenayah sekarang adalah wajar Negara mempunyai akta sendiri yang benar-benar merujuk kepada hukum syarak, sementara akta yang ada sekarang juga dikekalkan untuk menangani sekiranya kes itu tidak sesuai atau tidak mencukupi syarat untuk ditangani dengan undang-undang syarak.
Yang sivil saja kita sudah banyak menyesuaikan dengan kehendak ugama, lagipun bukan semua sivil itu bertentangan dengan syarak, maka mana-mana yang tidak bertentangan dengan syarak kita kekalkan ia, sementara yang bertentangan saja kita sesuaikan dengan kehendak syarak.
"Matlamat kita cuma untuk mencari yang terbaik di dunia dan di akhirat dan mendapatkan keredaan Allah Ta'ala."

Wednesday, February 23, 2011

MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!


titah KDYMM sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan rakyat jangan lupa terhadap tanggungjawab memelihara kemerdekaan dengan amalan-amalan berhemah yang berpaksikan rasa syukur.
Dalam titah Baginda sempena menyambut perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27 yang disiarkan secara langsung malam ini, Baginda Sultan menegaskan, semua perkara iaitu nikmat dan musibah adalah berpunca daripada Allah dan semuanya berlaku dengan hikmah dan sebab-sebab yang tersendiri. "Dalam apa pun perkara, kita jangan melupakan Allah, termasuk ketika menyambut dan merayakan ulang tahun hari kebangsaan.
"Tidakkah kita ingin mengimbas kembali detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan, di mana kita telah membesarkan Allah di dalamnya? Kita telah pun sama-sama melafazkan "Allahu Akbar", dengan tujuan, untuk mendapatkan restu Allah serta keberkatan dan pemeliharaan-Nya jua.
"Alhamdulillah, tujuan ini tercapai dengan kemerdekaan yang telah berumur 27 tahun itu sedang membuahkan nikmat dalam bentuk pelbagai kemajuan di semua bidang. Namun, di samping menerima buah kemerdekaan dengan lebatnya, kita juga tidak lupa terhadap tanggungjawab memelihara kemerdekaan itu dengan amalan-amalan berhemah yang berpaksikan syukur."
Di antaranya, kita sekarang dalam langkah membudayakan amalan berjimat cermat dan berbelanja menurut kemampuan, sebagai salah satu usaha ke arah mengatur kewangan kita melalui perancangan kewangan atau financial Planning.
Menurut Baginda, tujuan yang tersirat ialah untuk melakar perubahan sikap dan mentaliti menyeluruh, supaya rakyat terbiasa dengan cara sederhana serta tahu pula menghargai nilai.
"Misalnya dalam menghargai subsidi kerajaan, kita perlu bersikap dan berfikiran seimbang, dengan berterima kasih di samping pandai memanfaatkannya melalui amalan mengelakkan pembaziran dan penyalahgunaan.
Ini, meliputi semua jenis subsidi terutama keperluan-keperluan utama, seperti perubatan, pendidikan, jalan raya serta juga komoditi asasi seperti perumahan, air, elektrik, minyak, beras dan gula," titah Baginda.
Menurut Baginda lagi, kesemua perkhidmatan dan keperluan ini amatlah penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Pada realitinya, semua ini adalah bergantung pada ekonomi dan kemampuan kewangan negara, yang pada setakat ini banyak bersandar kepada hasil minyak dan gas.
"Maka dalam kedudukan ini, kerajaan sangatlah berhajat untuk mempelbagaikan ekonomi negara, agar pada masa hadapan, kita tidak hanya semata-mata bergantung pada minyak dan gas sahaja.
"Dengan negara mempunyai pelbagai ekonomi dan pendapatan yang lebih luas, serta ditambah pula dengan kadar pertumbuhan yang tinggi, maka peluang kita untuk terus makmur dan mewah adalah cerah," jelas Baginda.
"Untuk mencapai matlamat inilah, kerajaan beta sangat menitik beratkan kemajuan pendidikan bagi tenaga-tenaga muda kita. Bagi sebuah negara yang kecil dengan penduduknya yang sedikit dan mempunyai pelbagai kemahiran strategik.
"Tidak cukup dengan pendidikan semata-mata, anak-anak muda kita juga perlu memiliki sahsiah daripada calak MIB dan jiwa murni daripada asuhan sempurna.
"Untuk inilah, kita mengadakan sekolah, pusat latihan dan pengajian tinggi, tanpa mengabaikan juga pemberian biasiswa kepada lebih ramai penuntut yang berkelayakan sebagai pelaburan utama dalam memajukan "human capital (modal insan)."
Baginda seterusnya bertitah bahawa turut menjadi utama ialah perkhidmatan awam yang merupakan jentera dan pemudah cara untuk kerajaan melakar kemajuan.
Menurut Baginda pada masa kini sahaja, skop dan tahap hajat orang ramai terus meningkat, di mana perkhidmatan awam perlu menyediakan ruang yang luas, termasuk penyediaan dasar-dasar dan pelaksanaan yang cepat lagi berkesan.
Dalam hubungan ini, tegas Baginda Sultan, Perkhidmatan Awam berkewajipan mengenal pasti sebarang kelemahan yang ada, serta menyediakan mekanisme bagi mengatasinya.
"Kelambatan atau kegagalan melaksanakan program-program kerajaan, sepatutnya tidak boleh berlaku, kerana ia berisiko tinggi boleh menjadikan persaingan kita lemah untuk menarik pelaburan asing.
"Daripada faktor-faktor semula jadi, kita sudah memiliki kekuatan-kekuatan tersendiri, di antaranya faktor ketenteraman dan kestabilan politik, ditambah lagi dengan asas ekonomi yang kukuh yang telah dikurniakan Allah kepada kita. Ini semua menjadi aset penting untuk lebih menarik lagi pelabur asing ke negara ini. Tinggal sahaja lagi, kita perlu pandai memelihara dan mempertahankannya.
"Maka untuk itu, semua pihak, dari sektor awam dan swasta, perlulah meningkatkan lagi kerjasama mereka dalam usaha mengekalkan aset yang berharga ini.
"Dengan itu nanti, Insya Allah, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi keyakinan pelabur-pelabur asing, malahan juga mampu untuk mengekalkan kemakmuran negara."
Baginda mengakhiri titah berkenaan dengan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat serta penduduk negara ini termasuk semua peringkat, ahli perkhidmatan awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara.
"Beta juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dan lain-lain jawatankuasa perayaan ulang tahun ke 27 hari kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha untuk menjayakan perayaan ini.
"Marilah kita sama-sama berdoa, semoga kita dan negara akan sentiasa terpelihara dan mendapat perlindungan daripada Allah Ta'ala. Amin."

Monday, January 31, 2011

BACA BAHASA TUBUH Arti Dan Makna Bahasa Tubuh Manusia Rahasia Yang Akhirnya Terungkap

BACA Rahasia BAHASA TUBUH Arti Dan Makna Bahasa Tubuh Mata Kepala Tangan Manusia Rahasia Yang Akhirnya Terungkap.

Bahasa tubuh Anda akan mengirimkan sinyal kepada pikiran bawah sadar lawan bicara. Lewat bahasa tubuh, tabir perasaan lawan bicara akan tersibak.

Kita bisa mempelajari bahasa tubuh lawan bicara. Purnawan E. Andoko dari Wellness World memberi rahasianya:

Mengungkap Arti Bahasa Tubuh Cara Membaca Bahasa Tubuh Manusia

Bahasa Kepala
- Condong ke arah Anda: tertarik, setuju.
- Menjauh secara mendadak: curiga, tidak percaya.
- Topang dagu: bosan.
- Mengangguk: setuju.
- Banyak menoleh: tidak sabar, ingin menyudahi pembicaraan.

Bahasa Mata
- 60 persen menatap langsung: tertarik.
- 80 persen tatapan langsung: tertarik secara seksual.
- 100 persen tatapan langsung: perlawanan.
- Penghindaran tatapan: me¬nyem¬bunyikan sesuatu.
- Lensa mata membesar: sangat tertarik.
- Tatapan jatuh ke bawah dan melirik ke kiri/kanan: tertarik pada Anda.
- Lirik kanan/kiri langsung: bosan.
- Kedipan cepat: tidak setuju.

Bahasa Tangan
- Telapak terbuka ke atas: jujur terbuka.
- Telapak di saku atau tertutup: menyembunyikan sesuatu.
- Mengepal: tegang, tidak nyaman, marah.
- Menutup mulut/hidung: indikasi berbohong.
- Membentuk kerucut: percaya diri atau yakin.
- Tangan di atas meja: siap untuk setuju.
- Jari mengetuk-ngetuk: bosan atau ingin bicara.

Gerakan Lain
- Dada atau pinggul didekatkan: tertarik secara seksual.
- Kaki mengetuk lantai: ingin bicara atau bosan.

Nada atau Kecepatan Bicara
- Lambat dan nada akhir turun: yakin dan menguasai.
- Penekanan kata: otoritatif.
- Nada dan kecepatan meninggi: emosi, tegang, atau menyembunyikan sesuatu.

Bahasa Penolakan
- Kaki atau tangan bersilang.
- Melirik ke kiri/kanan, kepala menoleh ke kiri atau kanan.
- Tatapan langsung minimal.
- Mengetukkan jari atau kaki. Arah kaki tidak kepada Anda.
- Postur tubuh tertutup.

Bahasa Keterbukaan
- Tatapan langsung banyak dengan lensa mata membesar.
- Tangan menangkup membentuk menara.
- Arah kaki kepada Anda.
- Postur tubuh terbuka.

Bahasa Siap Menerima
- Kontak mata lebih 60 persen dan banyak senyum lepas.
- Tubuh atau kepala mencondong kepada Anda.
- Banyak anggukan dan wajah menghadap langsung ke Anda.
- Tangan terbuka di atas meja.

Bahasa Curiga
- Postur tubuh tertutup
- Tangan berada di saku atau posisi menyilang.
- Tatapan melalui sudut mata (lirikan) berulang kali.
- Arah kaki menyerong.

Bahasa Tidak Jujur
- Banyak menatap ke samping khususnya pada bagian kata atau kalimat bohong.
- Tangan sering menutup mulut atau hidung, atau meraba hidung atau telinga.
- Postur tidak nyaman. kompas.com

tubuh, bahasa, bahasa tubuh, rahasia bahasa tubuh, cara membaca bahasa tubuh, arti makna bahasa tubuh, sinyal rahasia bahasa tubuh tangan mata kaki, bahasa tubuh wanita dan pria, bahasa tubuh cinta, bahasa tubuh manusia

Tanda gerakan di seluruh badan

Kepala 

Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga 

Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat mahupun keluarga 

Mata 

Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan 

Hidung 

Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang 

Telingga 

Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan 

Bibir 

Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik 
Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih 

Lidah&Lelangit 

Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan 

Kerongkong 

Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian runtuh 

Bahu 

Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik pangkat secara mendadak 

Siku 

Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit 

Telapak Tangan 

Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi. 

Telunjuk 

Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat 

Dada 


Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati 

Rusuk 

Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan 

Pinggang 

Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri 

Kaki 

Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mendapat kebaikan 

Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh kekayaan 

Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita sakit.Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru 




Tanda Mata Bergerak

Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.
Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.
Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.
Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.
MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.
Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…
Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.