13 Sikap Untuk Seks Super
Berfikiran positif bukanlah semata-mata diamalkan dalam kehidupan, tetapi juga sewaktu menjalinkan hubungan intim. Sikap positif atau negatif meninggalkan impak yang bukan sedikit dalam kehidupan seks anda.Mungkin anda berasa ragu bagaimana sikap dapat mengubah kehidupan seks.
Cuba nilaikan seks anda dalam situasi berikut.” Isteri saya tidak pernah mencapai orgasma selama berhubungan seks kerana dia mengalami frigiditi (dingin).” Cubalah gantikan dengan: “Saya dan isteri dapat belajar bersama-sama tentang apa yang dia perlukan untuk mencapai orgasma sewaktu hubungan seksual.”
Jika anda memiliki sikap negatif,berubahlah dari sekarang. Gunakan peluang sewaktu berhubungan intim dengan sikap-sikap positif supaya memberi tenaga bagi diri anda.Percayalah, fikiran dan sikap yang positif adalah rahsia untuk hubungan seks yang hebat dan SUPER seperti mana yang ditulis oleh pakar terapi seks Dr.Joel D.Block dalam bukunya Secrets Of Better Sex
Antara sikap sikap yang perlu diambil perhatian dalam hubungan intim ialah:-
1- Pengetahuan
Pengetahuan adalah kekuatan seks. Sebahagian masyarakat percaya banyak perkara mitos tentang seks.Misalnya wanita yang tidak mencapai orgasma sewaktu hubungan seks adalah frigid.Lelaki yg cepat ejakulasi memiliki masalah keintiman.Ketiadaan informasi seksual dan kesilapan informasi jelas akan menimbulkan salah faham,melukakan perasaan dan menurunkan kenikmatan seksual.
2- Keberanian
Seks memerlukan sedikit keberanian.Jangan biarkan rasa takut dan malu membatasi perilaku seks anda.Rasa takut akan kegagalan mempamerkan kebodohan atau tidak dapat memenuhi harapan diri sendiri atau pasangan, menghalang pasangan mencuba teknik baru dan posisi berbeza atau meminta gaya hubungans eks yang diinginkan.
3- Kebebasan
Kebebasan seksual adalah kebebasan dari sikap “Harus”. Seks adalah tentang “keinginan”, bukan “keharusan”.Apa yang anda dan pasangan inginkan , Bukan apa yang harus anda inginkan. (paham baca ayat nih?? tak paham sila baca skali lagi :P.. hehehe)
4- Penglibatan
Kepuasan maksimum paling tinggi berlaku kerana penglibatan dengan pasangan anda.Jika anda terlalu sibuk memerhatikan potensi dan kepuasan sendiri,anda tidak akan mampu terlibat dalam pengalaman seks yang menyenangkan. (pendek kata.. dedua tu mesti bekerja sewaktu hubungan intim…pasangan kena cergas la sket beb baru ade rasa kelainan..)
5- Kepercayaan
Seks terbaik terjadi jika dua orang merasa cukup senang antara satu sama lain.Untuk mengatasi halangan, hampir setiap orang emerlukan keyakinan bahawa dirinya diterima secara penuh oleh pasangannya.
6- Keseluruhan
Sepertimana kehidupan,seks membabitkan mereka yang mampu dan berusaha menyenangkan orang lain.Ia secara tidak langsung meningkatkan pengalaman sendiri dan pasangan.Anda akan belajar bersama.
7- Komunikasi
Jika anda mengatakan apa yang anda inginkan secara tepat tanpa menimbulkan sakit hati,anda adalah ahli komunikasi yang efektif .Hal tersebut mungkin jauh lebih penting di tempat tidur dibandingkan di tempat lain.
8- Konteks Cinta
Seks yang paling memuaskan terjadi jika pasangan mencintai satu sama lain.
9- Kemahuan Mencari Bantuan
Kadang-kadang pasangan mengalami kesulitan seksual yang tidak dapat diatasi sendiri.Paling penting jangan biarkan masalah tersebut merosakkan hubungan anda dan pasangan. Carilah bantuan professional bagi menyelesaikan masalah.
10- Kesihatan Yang Baik
Rawatan diri anda dalam setiap bidang kehidupan,termasuk seks.Jika anda merasa sihat ,segala perkara terasa lebih menyenangkan dibandingkan sewaktu sakit atau mengalami gangguan fizikal.Sebahagian gangguan fizikal tidak dapat dihindari.Tetapi kebiasaan peribadi yang baik akan meningkatkan kemampuan utk kekal sihat.
11- Egalitarianisme
Seksisme menempatkan individu dalam kategori terbatas. Sebagai contoh lelaki haru smemulakan hubungan intim.Wanita harus bersikap pasif atau sebagainya.Percayalah ,sikap seks yang sempit akan membatasi erotik.
12- Seksualiti
Seks jauh lebih menyenangkan berbanding orgasma.Ini adalah proses erotik yg dapat dinikmati pada setiap tahap.Jika kedua dua pasangan menumpukan pada kenikmatan sensual,mereka akan menikmati seks secara lebih lengkap.
13- Humor
Kita sering menganggap seks terlalu serius.Seks seharusnya menyenangkan dan kadang-kadang lucu.Pasangan mampu tertawa akan menikmati hubungan lebih mesra,intim dan menyenangkan.
No comments:
Post a Comment