Monday, August 31, 2009

Petua mengatasi kepenatan seharian..‏

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu... (Untuk amalan kita bersama)

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, sudah semestinya petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya dijadikan amalan seharian.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."



Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah yang diajarkan oleh Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya

"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan). Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Rahsia yang sepatutnya kita ketahui bersama...‏


Assalamualaikum

" janganlah kita tinggalkan sembahyang fardhu walaupun satu waktu...tidak ada alasan untuk kita meninggalkan sembahyang selagi nyawa kita masih berdegup"... inilah rahsia kita mengerjakan sembahyang fardhu mahupun sunnat


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.


· Untuk menghilangkan stress, Cu kup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.


· Untukpelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb.........
..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.


11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.. T.


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat....." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

BAHAGIA BERMULA DARI HATI‏

BAHAGIA BERMULA DARI HATI.

Orang Mukmin mempunyai hati yang suci dan murni, sehingga terbentuknya peribadi yang mulia. Begitulah hati, apabila ia baik, maka baiklah manusia itu, apabila ia jahat, maka jahatlah dia.

Firman ALLAH s.w.t ,

“Dalam hati mereka ada penyakit, maka ALLAH tambah penyakit mereka adalah bagi mereka seksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan.”

(Al-Baqarah, 10)

“Adapun orang yang dalam hatinya ada penyakit, maka bertambahlah kotoran atas kotoran mereka yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan mereka kufur.”

(At-Taubah, 125)

Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah manusia. Jika jahat daging itu, jahatlah manusia. Ketahuilah, itulah hati.”

Ulama telah mengatakan, untuk mendapat hati yang baik seseorang itu mestilah:

1. Sentiasa Merasakan Dirinya Bertuhan.

Apabila disebut ALLAH, timbul rasa gerun. Hati dapat merasakan ALLAH melihat semua perilakunya. Terasa betapa lemah dan kecilnya diri berbanding ciptaan-ciptaan ALLAH.

“Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, bertambahlah iman mereka (kerana-NYA) dan kepada TUHAN-lah mereka bertawakal.”

2. Sentiasa Rasa Bersyukur.

Rasa bersyukur tidak setakat sewaktu menerima nikmat bahkan tatkala menerima ujian kerana ujian yang mendatang bererti perhatian ALLAH, menambah pahala sabar dan menghilangkan dosa.

“Jika kamu bersyukur atas nikmat-KU, akan KU-tambah nikmat itu.: (Ibrahim, 7)

3. Rasa untuk ikhlas.

Keikhlasan mencetuskan kejujuran, kasih sayang, harmoni, saling hormat-menghormati serta membuahkan keamanan dan kedamaian.

Semuanya ini akan mengarah kepada kebahagiaan. Namun, cabaran untuk ke situ tetap ada. Lantaran di hati jugalah berdiamnya nafsu dan juga syaitan. Bagi hati-hati yang telah berkarat, disitulah letaknya istana dan singgahsana syaitan dan seluruh kerajaannya.

Syaitan sentiasa mencari jalan untuk menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Syaitan sentiasa memujuk manusia sehingga terdorong untuk berbuat salah. Nafsu dan syaitan sentiasa berkerjasama untuk merebut tempat di hati manusia. Apabila hati sudah ditawan, manusia bukan lagi ikut kata ALLAH dan Rasul tetapi ikut sahaja kehendak nafsu dan syaitan.

Matlamat nafsu dan syaitan ialah hendak memberi kegembiraan kepada manusia mengikut caranya iaitu yang melanggar larangan-larangan ALLAH. Ia membangkitkan rasa sombong, takbur, hasad, dengki, bakhil, pemarah, buruk sangka, ujub, riak, malas, ragu dengan kebenaran dan bermacam-macam lagi.

Bahagia adalah impian dan juga matlamat. Bahagia perlu dicetuskan di sini supaya ia berkembang di sana. Apalah ertinya hidup tanpa bahagia…

Tanpa bahagia dan hati yang tenang seseorang akan dilihat sebagai:

1. Lemah daya kerjaya.

Dia tiada perasaan ghairah untuk bekerja, semangatnya luntur. Yang menonjol adalah kemalasannya.

2. Lemah IQ dan EQnya

Minda tumpul dan hatinya tidak dapat selari dengan kemajuan yang sedang bergerak pantas di sekelilingnya.

3. Gelisah

Hati yang bahagia akan terpancar pada wajah yang jernih. Tanpa hati yang bahagia kemurungan akan terjadi. Kemurungan yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit mental dan juga berjangkit kepada tindakan-tindakan bodoh lagi membahayakan.

4. Kuat prasangka

Salah satu tanda penyakit rohani ialah buruk sangka. Selain buruk sangka terhadap ALLAH dan Rasulnya, orang begini juga kerap berburuk sangka terhadap orang lain tanpa alasan dan juga sebab.

5. Menghasut

Hati orang yang tidak bahagia mudah menjadi PENGHASUT.

6. Keinginan-keinginan yang tidak munasabah

Misalnya, menaruh hati terhadap isteri atau suami orang. Setakat menaruh hati mungkin tidak begitu menakutkan tetapi melakukan sesuatu yang ‘memudaratkan’.

7. Merosakan jasmani

Rasa tidak bahagia menyebabkan tidak boleh tidur, hilang selera makan dan lain-lain. Para ahli kesihatan pada umumnya sependapat mengatakan beberapa penyakit berpunca dari penyakit-penyakit rohani (hati).

8. Kian jauh dari TUHAN

Hati yang tidak tenang dan bahagia sudah tentu jauh dari perhatian ALLAH. Jarak ini berlaku kerana dia tidak dapat memberikan tumpuan terhadap ALLAH tatakala beribadah sedangkan beribadah bererti mengingati ALLAH.

Demikianlah hati sebagai titik mula sesuatu yang dinamakan motivasi. Semuanya bermula di sini.

10 Wasiat Imam Syafie‏

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


"Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

Kata-kata hikmah.... Untuk dikongsikan bersama‏

1. Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.

2. Tak mampu buat semua - jangan tinggal semua.

3. Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.

4. Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.

5. Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.

6. Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah. [ betul, betul, betul...]

7. Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.

8. Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan. [ i like it...]

9. Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.

10. Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan. [ hahahaha..... betul]

11. Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.

12. Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.


13. Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.

14. Jangan cakap saja, tapi buat, jangan buat saja langsung tak bercakap.

15. Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.

16. "Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA."

17. Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.

18. Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.

19. Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.

20. Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga. [betul!]

21. Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan. [setuju!]

22. Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.

23. Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi. [hahaha... memanglah...]

24. Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.

25. Memuji seorang sama seorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.

26. Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.

27. Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan. [ani yg payah ni.... hehehe]

28.Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.

29.Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.

30. Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.

31. Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.

32. Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri. [nice....]

33. Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.

34. Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri

35. Dare to be different.

36. Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya. [hahaha... betul!]

37. Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.

38. Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya. [Betul!]

39. Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.

40. Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.

41. Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya. [kenali diri sendiri sebelum mengenal apa di cinta...]

42. Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.

43. Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.

44. Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.

45. Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.

Senarai makanan & Hikmahnya dalam Islam‏


SEDARKAH ANDA?

1. Sedarkah anda bahawa air yang mampu dikandung oleh washing machine adalah kurang dari 2 kolah dan sekiranya pakaian anda bernajis (terdapat air kencing, tahi cicak, etc), seluruh pakaian yg bersih pun akan turut menjadi najis atau tidak suci. (berdasarkan hukum air mutanajjis)

2. Sedarkah anda bahawa hampir setiap telur ayam terdapat najis di kulitnya dan sekiranya tangan kita basah atau
telur itu sendiri basah semasa kita hendak memecahkannya, tangan kita akan turut bernajis. Dan sekiranya sebahagian dari telur tersebut termasuk dalam masakan kita, maka kita turut memakan najis tersebut. (Roti canai telur, anyone?)

3. Sedarkah anda bahawa lantai tandas itu kotor dan bernajis disebabkan tempiasan, maka kita perlu memakai selipar semasa dalam tandas. Dan cara utk memakai selipar semasa memasuki tandas adalah dengan meletakkan kaki kiri ke atas selipar (tanpa memakainya), kemudian menyarungkan kaki kanan ke selipar kanan. Diikuti dengan menyarung kaki kiri ke selipar kiri.(Kerana adab masuk tandas adalah kaki kiri manakala adab memakai selipar adalah dengan kaki kanan dahulu). Ada segolongan yang masuk tandas dengan kaki kiri tapi memijak lantai, tidak memijak selipar (Ini akan mengotorkan kaki kita).

4. Sedarkah anda bahawa walaupun kita mengalas sejadah ke atas tempat yg bernajis, itu tidak bermakna tempat kita sujud tersebut adalah suci. Kita perlu menyucikan najis itu terlebih dahulu. (dari sumber '600 Masalah Agama' hasil tulisan beberapa orang ustaz dan ustazah, antaranya Ustaz Ismail Kamus)

5. Sedarkah anda bahawa apabila kita membersihkan najis seperti darah, kita perlu berhati hati supaya air basuhan tersebut tidak memercik ke anggota badan atau pakaian kita kerana air tersebut kurang dari 2 kolah dan akan menyebabkan anggota badan kita turut bernajis.

6. Sedarkah anda bahawa kita perlu bernafas semasa minum air (utk mengelakkan sakit jantung) dan udara hembusan pernafasan kita perlulah di luar gelas. (Kerana H20 + CO2 = H2CO3, maka cuka terhasil dan menyebabkan minumaan menjadi acidic)

7. Sedarkah anda bahawa memberi salam 'Akumzzz' dalam chat adalah umpama menghina ucapan salam itu sendiri dan secara tidak langsung seperti menghina Islam.

sekadar peringatan

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat 3 kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh) mohon perlindunganNYA) – Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) 3 kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah (yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sunday, August 30, 2009

air mata rasulullah



AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat

Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....


DG

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....
Assalam Mu'alaikum !

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air
mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna.
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'

Tomorrow can be too late‏

If you're mad with someone and nobody's there to fix the situation... You fix it. Maybe today, that person still wants to be your friend.. And if u doesn't, tomorrow can be too late.

Visit Us @ www.MumbaiHangOut.Org


If you need a hug of a friend.... ask her/him for it.
Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

Visit Us @ www.MumbaiHangOut.Org


Visit Us @ www.MumbaiHangOut.Org