> Rahsia Solat Awal Waktu
>
> Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
> yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
>
> Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
> yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
> tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
> penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
> ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
> masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak
> dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
> bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
> tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal
> waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
> optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
> waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
> mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
>
> Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
> warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
> bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
> penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
> Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
> dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
>
> Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
> di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
> uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren
> ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
> kreativitinya dan lebih malang
> lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah
> (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat
> diperlukan oleh
> organ-organ reproduktif kita
>
> Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
> kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
> kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
> (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
> mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
> seelok-eloknya
> berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak
> interferens (pembelauan)
> berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib
> atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
>
> Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
> fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
> mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
> ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
> dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
> waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
> kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
> merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
> kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
> kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
>
> Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
> sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
> adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
> sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
> Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
> solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
> tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
> mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
> pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
>
> Adalah amat malang
> sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
>
> Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.
>
> Wallah Hu 'aklam.
Sunday, August 23, 2009
Manfaat Solat Awal Waktu & Kaitan Dengan Warna Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment