Friday, August 21, 2009
slmt menyambut bulan ramadan 1430hijrah
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Umat Islam di Brunei akan menyambut ketibaan Ramadan pada Sabtu, 22 Ogos ini yang juga menandakan bermulanya tarikh berpuasa selepas anak bulan Ramadan hari ini tidak sabit kelihatan di tempat-tempat melihat anak bulan seluruh negara.
Lazimnya pada petang 29 Syaaban (hari ini), Jabatan Mahkamah Syariah, Jabatan Mufti dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Ukur melihat anak bulan Ramadan di Bukit Shahbandar di Daerah Brunei dan Muara, Bukit Ambuk (Tutong) dan Bukit Aguk, Daerah Belait.
Tinjauan Media Permata ke Bukit Shahbandar turut melihat kehadiran Pemangku Menteri Pembangunan Dato Paduka Dr Haji Mat Suny Haji Md Hussein menyaksikan penantian sama ada anak bulan Ramadan terbit atau sebaliknya petang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment