Saturday, August 14, 2010

Peragut larikan gelang $10,000

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Pihak polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai membawa lari seutas gelang tangan emas dalam kejadian ragut berani yang berlaku di sebuah kedai emas di Kiulap, kira-kira jam 10.45 pagi ini.
Menurut pekerja perempuan di kedai berkenaan, dalam kejadian itu seorang lelaki yang memakai baju senyawa (Coverall) berwarna oren datang ke kedai itu dan berkata kepada pekerja itu bahawa beliau ingin melihat gelang tangan yang terbesar yang terdapat di kedai berkenaan.
Selepas itu pekerja itu pun menunjukkan gelang tangan berkenaan kepada lelaki terbabit yang seterusnya bertindak meragut dan terus melarikan diri.
Melihat kejadian itu, seorang pekerja yang lain terus mengejar lelaki berkenaan tetapi terdapat sebuah kereta sedang menanti lelaki itu di luar dan kereta itu terus memecut meninggalkan tempat kejadian berkenaan.
Lelaki berkenaan berjaya membawa lari seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai lebih $10,000 dalam kejadian nekad yang dilakukan secara terang terangan itu.
Pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang diklasifikasikan sebagai kes ragut (snatch theft) dan sedang membuat siasatan lanjut berhubung dengan kejadian berkenaan.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membeli sebarang barang kemas atau emas yang dijual dengan harga yang murah dari mana-mana pihak yang tidak dikenali.
Polis juga meminta bantuan daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menghubungi mana-mana Balai Polis yang 

No comments:

Post a Comment