Saturday, August 14, 2010

Permainan tradisi Brunei tembusi alam maya

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Sesuai dengan arus teknologi terkini, inovasi permainan tradisional Brunei yang dikenali sebagai permainan Pasang boleh dimainkan dengan sistem rangkaian komputer.
Inovasi permainan strategi Pasang Emas yang memenangi anugerah Produk Buatan Brunei dalam Anugerah ICT (BICTA 2010) itu dihasilkan oleh Cyberunai eServices.
Media Permata berkesempatan menemu bual pengurus besar Cyberunai eServices, Pengiran Haji Asmali Pengiran Badarudin yang melahirkan rasa bersyukur di atas kemenangan di tempat ketiga bagi kategori Industri ICT dan memenangi Anugerah Produk Buatan Brunei.
Beliau menjelaskan bahawa kemenangan itu adalah salah satu langkah untuk memajukan lagi industri ICT di negara ini sambil memperkenalkan permainan tradisional Brunei dalam dan luar negara.
Menurut beliau, perisian permainan pasang itu dicipta oleh seorang pensyarah Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Dr. Norjaidi yang menghasilkan sebuah perisian bagi pemain bertanding dengan komputer (Artificial Intelligence).
Apabila perisian itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Cina pada pameran di Naning, China pada tahun 2008, maka Pengiran Haji Asmali mula meningkatkan lagi perisian itu dengan menghasilkan perisian permainan pasang yang melibatkan dua hingga tiga orang pemain dengan sistem rangkaian (network) komputer.
"Dari semasa ke semasa, Cyberunai eServices akan terus meningkatkan perisian permainan pasang yang bukan hanya untuk mempromosikan permainan tradisional itu tetapi juga untuk menarik perhatian generasi muda mengenai permainan itu dengan cara yang mudah," jelasnya lagi.
Seperti dalam perancangan satu lagi perisian yang bakal dihasilkan ialah 'Mobile Pasang' yang membolehkan permainan itu dimuat turun ke telefon bimbit, jelasnya.
Beliau berkata perancangan itu dihasilkan bersama rakan kongsi beliau dari India, ProXS Infocomm Limited bagi penghasilan perisian yang dimuat turun ke telefon bimbit dan dijangka akan dilancarkan bulan September tahun ini.
Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa sasaran pelanggan yang berpotensi untuk perisian Pasang Emas itu ialah Penerbangan Diraja Brunei (RBA). Ini kerana perisian itu bolehlah dipasang di kapal terbang untuk membolehkan pelanggan RBA bermain permainan itu ketika dalam penerbangan.
Beliau juga menjelaskan bahawa AiTi melalui Kementerian Pendidikan sudah pun melancarkan perisian Pasang Emas itu bulan lalu dan dijangka akan diedarkan ke sekolah-sekolah menengah minggu hadapan.
Beliau juga merancang mahu mengadakan Pertandingan Pasang Digital Kebangsaan menggunakan kemudahan yang diciptakan itu tertakluk kepada pihak-pihak tertentu, ujarnya lagi.
Beliau turut menunjukkan kepada Media Permata satu kotak mini pasang yang mengandungi dua perisian rangkaian Pasang Emas, satu set papan dan butang permainan pasang yang telah pun diubahsuai saiznya agar lebih mudah dibawa.
Beliau kemudiannya melahirkan penghargaan kepada pihak kerajaan yang terlibat memberikan peluang dan sokongan kepada Cyberunai eServices merealisasikan inovasi untuk mempertahankan permainan tradisional Brunei itu.
Untuk keterangan lanjut mengenai perisian yang buat pertama kalinya dihasilkan seratus peratus oleh warga tempatan itu bolehlah menghubungi pengurus besar sendiri, Pengiran Haji Asmali Pengiran Badarudin ditalian 8904980.

3 comments:

  1. Replies
    1. $$$ GENUINE LOAN WITH LOW INTEREST RATE APPLY $$$
      Do you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.

      Email: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
      Phone No: +919873186890.

      Delete
  2. $$$ GENUINE LOAN WITH LOW INTEREST RATE APPLY $$$
    Do you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.

    Email: shadiraaliuloancompany1@gmail.com
    Phone No: +919873186890.

    ReplyDelete