Saturday, August 14, 2010

Zakat Fitrah $2.84 beras wangi, $1.93 beras biasa

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Zakat Fitrah bagi tiap-tiap seorang Islam di Negara ini bagi 1431 Hijrah /2010 ialah beras seberat 2 kilo 268 gram atau dengan nilai wang (bertaqlid kepada Mazhab Hanafi) iaitu $2.84 jika Beras Wangi dan $1.93 jika Beras Siam. Umat Islam di negara ini boleh membayar Zakat Fitrah mereka kepada amil-amil yang telah pun dilantik di tempat yang telah ditetapkan di kawasan masing-masing bermula esok (Khamis, 12 Ogos).
Pejabat Majlis Ugama Islam dalam Surat Pemberitahuan Bil: 2/2010 memaklumkan bahawa menurut Mazhab Syafie, Zakat Fitrah hanya sah dikeluarkan daripada makanan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri itu, dan di negara ini adalah beras. Makanan biasa dan asasi bagi penduduk negara ini ada dua jenis iaitu Beras Wangi dan Beras Siam, yang kedua-dua harga beras itu telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negara ini.

No comments:

Post a Comment