BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Perkahwinan berlaku lebih kurang sekali seumur hidup bagi setiap insan dan ada yang mengadakan hari perkahwinan mereka secara yang unik dan jarang sekali dibuat serta disaksikan di mata orang ramai.
Kedua-dua mempelai ini tidak melepaskan peluang mengadakan acara perkahwinan mereka dengan cara yang unik dan meriah.
Dengan menggunakan "tandu" atau bahasa Brunei "usungan", pengantin lelaki diarak dari kediamannya ke rumah pengantin perempuan yang jaraknya kira-kira 200 meter sahaja dan terdapat empat orang pengawal memegang dua parang panjang dan dua lembing berdiri di hadapan rumah pengantin perempuan.
Acara perkahwinan ini penuh dengan adat istiadat Brunei dari kaum kedayan, pengantin lelaki diarak lagi memasuki rumah pengantin perempuan dengan diekori oleh empat orang pengawal tersebut dan berlangsungnya persandingan kedua-dua mempelai.
Walaupun cuaca pada masa itu panas terik namun para jemputan tidak berganjak kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan acara yang jarang sekali disaksikan dan ia menjadi kenangan sangat manis bagi kedua-dua mempelai terbabit.
No comments:
Post a Comment