Tuesday, September 29, 2009

Meriahnya berhari raya di Kampung Ayer

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Suasana menyambut hari raya di Kampung Ayer tidak jauh bezanya dengan suasana di darat di mana tradisi kunjung mengunjungi antara satu sama yang lain terus segar.

Pada hari raya pertama, kebanyakan mereka menjadikan amalan mengunjungi 'perindungan' yang masih tinggal di Kampung Ayer pada sebelah pagi sebagai satu kemestian sebelum berhari raya ke tempat lain.

Satu perkara yang agak lucu sedikit ialah ada kalangan pengunjung yang bertandang ke Kampong Ayer secara berombongan sanggup hanya berkaki ayam sambil menjinjing kasut apabila melalui jambatan kerana tidak biasa berjalan di jambatan terutama kaum wanita dan kanak-kanak.

Namun kemeriahan Hari Raya tetap dirasakan. Pelbagai hidangan disajikan semasa 'rumah terbuka' hari raya untuk menjamu tetamu yang datang terdiri dari sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya.

28.9.09 black out!!!!


GELAP-GELITA: Hanya lampu kereta menerangi jalan raya di kawasan komersil Gadong susulan gangguan di stesen jana kuasa yang menyebabkan hampir 75 peratus negara ini mengalami gangguan bekalan elektrik.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Orang ramai yang masih hangat meraikan Hari Raya Aidilfitri terpaksa menyambut perayaan dalam gelap-gelita apabila sebahagian besar kawasan di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait mengalami gangguan bekalan elektrik bermula kira-kira pukul 7.30 malam ini.

Dalam kejadian itu, hampir 75 peratus terjejas akibat gangguan loji jana kuasa elektrik utama di Daerah Brunei dan Muara, Tutong serta Belait.

Media Permata menerima panggilan daripada orang ramai dari beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara termasuk kawasan Gadong dan Muara, dari Tutong serta Belait di Lumut yang menyatakan kawasan berkenaan tidak mempunyai bekalan elektrik.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Elektrik, kumpulan jurutera mereka bekerja keras untuk mengembalikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terjejas.

Mulai kira-kira pukul 9 malam, bekalan elektrik mula dipulihkan secara berperingkat-peringkat.

Selain usaha jurutera itu, pusat panggilan '144' jabatan itu juga sibuk bertugas menangani kejadian berkenaan dengan menerima panggilan orang ramai serta memberi maklumat mengenai kedudukan terkini gangguan itu.

Jabatan Perkhidmatan Elektrik berkata punca kejadian masih dalam siasatan dan memohon maaf kepada orang ramai atas sebarang ketidakselesaan yang berlaku disebabkan kejadian berkenaan, khususnya kerana kejadian berlaku ketika Hari Raya Aidilfitri masih diraikan.

Jabatan juga menyatakan penghargaan kepada orang ramai yang memberi maklumat mengenai kejadian serta sabar menghadapi masalah.

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.

Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].


petikakn dari web iluv.islam.com

p/s tepuk dada tnya iman

Monday, September 28, 2009

berita dunia sana sini

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Adik kepada Sultan Brunei yang dikenali sebagai seorang kaki perempuan, telah melakukan dua kemunculan mengejut di negara kaya dengan minyak itu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa pertelingkahan keluarga diraja telah selesai.

Putera Jefri Bolkiah, yang pernah terlibat dengan tindakan undang-undang atas dakwaan penggelapan berbilion-bilion dolar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan, dilaporkan tidak bercakap dengan abangnya, Sultan Hasanal Bolkiah sejak 2004.

Namun kemunculan terbaru Jefri, termasuk lawatan ke sebuah masjid minggu lalu bersama beberapa kerabat diraja lain yang telah diterbitkan media Brunei, telah membuka pandangan baru terhadap masalah keluarga pemerintah ini.

"Terdapat lebih banyak hubungan membina antara pelbagai pihak.

"Perbincangan masih diteruskan. Saya tidak mahu merosakkannya dengan membuat anggapan mengenai prosesnya" kata peguam Jefri, David Sandy, yang beribu pejabat di London.

Sandy menolak tanggapan bahawa Jefri tiada tempat lain untuk meminta pertolongan selepas usaha perundangan pada tahun lalu menyaksikan seorang hakim Britain mengeluarkan waran tangkap selepas dia gagal hadir ke mahkamah.

"Saya rasa ia bukan gambaran yang tepat dalam hubungan antara mereka," kata Sandy lagi.

Jefri gagal hadir ke mahkamah untuk membela diri atas dakwaan melanggar perintah yang memerlukannya menyerahkan 3 bilion pound (RM7.36 bilion) kepada Agensi Rasuah Brunei.

Setahun yang lalu, Jefri dalam wawancara dari kediamannya di Paris berkata, dia telah cuba untuk berunding mengenai asetnya yang masih ada namun gagal.

"Dengan perasaan sedih, saya menyimpulkan bahawa perdamaian dengan satu lagi pihak adalah tidak mungkin dicapai dan perebutan tidak adil ini akan diteruskan, seterusnya mewujudkan tekanan kepada saya dan keluarga saya," katanya kepada akhbar Sunday Telegraph ketika itu.

Tambah Jefri, kebanyakan wang yang didakwa digelapkan itu telah dilaburkan dengan bijak dan digunakan untuk membiayai hospital serta kemudahan awam yang lain.

"Saya bukanlah malaikat tetapi saya telah menjadi kambing hitam dalam kes ini," katanya lagi. - AFP


TEHERAN 27 Sept. - Iran menyatakan yang ia telah menguji tiga peluru berpandu jarak dekatnya hari ini dalam ujian yang dilakukan oleh pasukan Pengawal Revolusi, satu pertunjukan kekuatan beberapa hari sahaja selepas Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mengutuk Teheran berhubung fasiliti nuklear bawah tanah yang dioperasikan secara rahsia.

Saluran berita berbahasa Inggeris, Press TV melaporkan, Fateh-110, Tondar-69 dan Zelzal dilancarkan dalam latihan pertahanan peluru berpandu, namun tidak memberi maklumat mengenai jarak atau perincian lain. Semuanya adalah peluru berpandu jarak dekat, jenis permukaan ke permukaan.

Ketua Tentera Udara Pengawal Revolusi, Jeneral Hossein Salami memberitahu pemberita, Iran telah melancarkan beberapa peluru berpandu secara serentak buat pertama kali.

Press TV menunjukkan babak sekurang-kurangnya dua peluru berpandu dilancarkan serentak yang didakwa dijalankan dalam ujian di padang pasir tengah Iran. Kedengaran laungan 'Allahuakbar' ketika ia dilancarkan.

"Mesej latihan perang ini adalah untuk negara-negara sombong yang mengugut Iran bahawa kami mampu membalas permusuhan mereka dengan kuat dan cepat," demikian menurut laman web televisyen negara itu yang memetik kenyataan Hossein.

Beliau berkata, Iran telah mengurangkan bilangan peluru berpandu dan jaraknya supaya ia dapat digunakan dengan segera.

Tambahnya, Iran juga akan menguji peluru berpandu jarak sederhana, Shahab-1 dan Shahab-2 pada malam ini sebelum melancarkan peluru berpandu jarak jauh, Shahab-3, esok, dalam latihan peperangan yang berlanjutan selama beberapa hari. - AP


BAITULMAQDIS 27 Sept. - Polis Israel hari ini meleraikan pergaduhan antara penganut Islam dan Yahudi di Masjidil al-Aqsa, kawasan panas yang menjadi tuntutan antara dua agama itu.

Pertempuran tercetus selepas sekumpulan orang Yahudi datang beribadat di tapak yang dikenali di kalangan mereka yang beragama Islam sebagai al-Haram al-Sharif manakala Yahudi menggelarnya sebagai Temple Mount, kata polis.

"Satu kumpulan orang Yahudi yang datang beribadat di Temple Mount telah diserang oleh hampir 150 orang Islam yang membaling batu ke arah mereka dan kami campur tangan untuk mengawal keadaan.

"Dua anggota polis cedera dan keadaan telah kembali tenang," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.

Polis Israel menutup kawasan tersebut ketika seruan dari pembesar suara masjid-masjid berdekatan meminta orang ramai berkumpul di tapak tersebut yang merupakan kawasan yang dianggap paling suci oleh Yahudi dan tapak ketiga suci bagi Islam.

Pertempuran tercetus ketika Israel bersedia menyambut Yom Kippur atau Hari Penebusan, hari paling suci dalam kalendar Yahudi yang mana seluruh negara tidak akan beroperasi dan mengasingkan diri dari dunia termasuk penutupan lapangan terbang dan sempadan.

Israel menawan Baitulmaqdis dari Jordan dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian menjajahnya bersama dengan timur bandar itu dalam tindakan yang tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa. - AFP


LOS ANGELES: Peminat setia Michael Jackson berkhemah selama beberapa hari di pinggir bandar ini bagi mendapatkan tiket tayangan pembukaan sebuah filem mengenai Raja Pop itu sedang berlatih untuk mengadakan satu konsert jelajah yang terbatal akibat kematiannya.

Menjelang pagi kelmarin, kira-kira 300 orang beratur sambil duduk di hadapan ‘Nokia Theatre’, tempat jualan tiket bagi pembukaan This Is It, semalam.

“Kami tidak tidur, kami berjaga sepanjang malam,” kata Leticia Martin yang mengambil satu tempat berhampiran di hadapan peminat fanatik lain yang sedang berbaris.

Juruteknik perubatan berusia 26 tahun itu menghabiskan sejak malam Jumaat belajar tarian lagu Thriller nyanyian Jackson sambil memakai pakaian ‘zombie’ sekali gus menghiburkan orang lain.

Sesetengah peminat menggunakan beg tidur di atas konkrit sementara yang lain tidur di atas kerusi lipat.

“Kami seperti satu keluarga besar,” kata Martin ketika meninjau kawasan perkhemahan itu.

Peminat Jackson tidak sabar-sabar mendapatkan sesetengah daripada 500 tiket filemnya yang mana promoternya berkata ia akan memperingati konsert This Is It yang dirancang Jackson di London.

Bagi sesetengah masih menunggu di sini, mendapatkan sebahagian sejarah muzik pop milik Jackson seperti tiket itu amat bernilai walaupun terpaksa bergantung kepada tandas awam dan ponteng kerja hingga terlepas tidur. - AFP


NEW YORK: Presiden Libya, Muammar Gaddafi 'menyerang' anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapan pertamanya dan menekankan bahawa Perhimpunan Agung adalah 'Parlimen dunia' - badan dianggotai 192 negara yang perlu menetapkan keputusan bagi Majlis Keselamatan.

Sejak dua dekad lalu, negara kuasa ekonomi seperti Jerman, India, Jepun dan Brazil menggesa pembaharuan keanggotaan Majlis Keselamatan dan mewujudkan kerusi tambahan bagi anggota tetap.

Gaddafi yang berucap untuk kali pertama sejak mengambil alih kuasa 40 tahun lalu, bagaimanapun berkata, tambahan kerusi tetap adalah tidak produktif

Beliau sebaliknya menggesa pertubuhan dan gabungan serantau seperti Liga Arab, Pertubuhan Negara Amerika, Kesatuan Afrika dan Pergerakan Negara Berkecuali diberi kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan badan dunia itu.

Gaddafi berkata, lima negara anggota tetap tidak perlu diberi kuasa veto, atau PBB wajar memperbesarkan majlis dengan tambahan negara anggota.

"Sekarang tiada lagi rasa hormat kepada PBB dan Perhimpunan Agung," katanya.

Dalam ucapan selama satu setengah jam di New York semalam, Gaddafi berkata negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan tidak mempedulikan pandangan 192 negara anggota Perhimpunan Agung dan prinsip dalam piagam PBB.

Gaddafi turut mengemukakan cadangan penyelesaian masalah pendatang haram dari pesisir Afrika Utara ke Eropah. � Agensi


BANGKOK: Sejenis vaksin yang masih dalam percubaan didapati mampu mencegah jangkitan virus HIV, penemuan pertama dalam usaha mencari penawar penyakit maut itu yang sebelum ini dikatakan hampir mustahil dapat diubati.

Kumpulan penyelidik yang melakukan suntikan percubaan membabitkan lebih 16,000 sukarelawan di Thailand berkata, vaksin berkenaan dapat mengurangkan risiko jangkitan HIV hingga 31 peratus.

Ketua kajian bagi tentera Amerika Syarikat yang menaja penyelidikan itu dengan Institut Kebangsaan Bagi Alahan dan Penyakit Berjangkit, Kol Jerome Kim berkata:

"Walaupun kesannya masih dianggap sederhana, ia adalah bukti pertama bahawa kita boleh mendapatkan vaksin pencegah yang selamat dan mujarab."

Pengarah institut berkenaan, Dr Anthony Fauci berkata penemuan itu bukan 'penghujung jalan' tetapi pada masa sama beliau terkejut serta amat gembira dengan hasil penyelidikan itu.

"Ia memberi saya perasaan optimis mengenai kemungkinan memperbaiki keputusan kajian itu dan menghasilkan vaksin Aids yang lebih berkesan. Ini adalah sesuatu yang mampu kita lakukan," katanya dalam satu temuramah melalui telefon.

Beliau berkata, apa juga vaksin pencegahan yang dihasilkan mampu memberi faedah yang besar dalam dunia perubatan, berikutan kira-kira 7,500 orang menjadi mangsa baru HIV setiap hari dengan dua juta kematian dilaporkan pada 2007.

"Penemuan vaksin ini adalah sesuatu yang amat bersejarah. Ia mungkin mengambil masa dan banyak sumber tenaga tetapi tidak syak lagi, usaha untuk mencari vaksin Aids akan diperluaskan," kata Pengarah Eksekutif Pakatan Sokongan Vaksin Aids, sebuah agensi antarabangsa yang berusaha menghasilkan vaksin Aids, Mitchell Warren.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaksanakan kajian menggunakan elemen virus HIV yang biasa dihadapi di Thailand.

Bagaimanapun kumpulan saintis itu berkata, sama ada vaksin berkenaan mampu memberi kesan serupa bagi jenis virus Aids di Amerika, Afrika dan di wilayah lain, belum dapat dipastikan. � AP


LONDON: Seorang pakar pergigian Britain mengarahkan bakal menantunya menjalani rawatan gigi sebagai syarat sebelum lelaki itu boleh melangsungkan perkahwinan dengan anak perempuannya.

"Saya tidak sanggup menyaksikan anak perempuan saya mengahwini pemuda yang mempunyai susunan gigi tidak teratur, apa lagi berlubang dan tidak dirawat," kata Dr Philip Lewis.

Bakal menantunya Gordon Taylor, bagaimanapun tidak membantah dan bersetuju menjalani rawatan serta pembedahan mencantikkan giginya


SYDNEY: Ribut debu terburuk dalam tempoh 70 tahun, melanda pantai timur Australia yang padat penduduk, menyebabkan ruang udara bertukar kemerahan dan hampir menutup lapangan terbang terbesar di negara itu, ketika berjuta-juta penduduk awam batuk dan sukar bernafas.

Tiada kecederaan dalam kejadian sepanjang malam semalam yang menyebabkan warna oren kemerahan menakutkan di seluruh Sydney pada waktu subuh, tetapi perkhidmatan ambulans melaporkan menerima panggilan kecemasan daripada penduduk yang sukar bernafas.

Pihak polis turut memberi amaran kepada pemandu kenderaan agar lebih berhati-hati di jalan raya.

Penerbangan antarabangsa dialihkan ke beberapa bandar lain, manakala tiga penerbangan dari New Zealand terpaksa berpatah balik.

Jadual penerbangan tempatan di Sydney turut kucar-kacir apabila operasi di Lapangan Terbang Sydney terjejas berikutan jarak pemandangan yang tidak selamat, manakala penumpang feri di pelabuhan di bandaraya itu terkandas beberapa jam berikutan masalah keselamatan.

Pengawal indeks kualiti udara di New South Wales, merekodkan tahap pencemaran pada kadar 4,164 di Sydney, 3,964 mata melebihi paras bahaya iaitu 200.

"Mereka yang berdepan risiko tinggi ialah kanak-kanak, warga tua, wanita dan penduduk yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru. Habuk daripada ribut itu boleh meningkatkan risiko penyakit bagi golongan ini," kata Waine Smith dari jabatan kesihatan negeri New South Wales.

Ribut debu yang bertiup dari wilayah pedalaman itu memaksa kebanyakan penduduk berlindung di dalam rumah, turut menghakis beribu-ribu tan permukaan tanah subur.

Debu 'menenggelamkan' bandar di pedalaman Australia, Broken Hill kelmarin menyebabkan sebuah lombong zink terpaksa ditutup sebelum bergerak sejauh 1,167 kilometer ke timur menuju Sydney dan mengakibatkan seluruh ruang udara bandaraya itu bertukar warna menjadi merah.

Menjelang tengah hari ia mula merebak ke negeri Queensland di selatan Australia.

Pihak berkuasa kesihatan menggesa penduduk terus tinggal di rumah masing-masing dan memberi amaran ribut debu dijangka berterusan sehingga esok.

Biro Kaji Cuaca New South Wales berkata cuaca sejuk di negeri itu menyebabkan ribut dan angin kencang meniup debu dari pedalaman sebelum melanda wilayah lain manakala angin selaju 100 kilometer sejam turut menyebabkan kebakaran.

"Fenomena ini memang tidak dijangka. Kami melihat debu, angin dan kebakaran yang berlaku serentak," kata Dick Whitaker dari bahagian kaji cuaca


TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberi amaran akan 'memotong tangan' mana-mana pihak yang mahu menyerang Iran dan mengulangi tuntutannya agar tentera asing pimpinan Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Iraq dan Afghanistan.

"Tidak ada kuasa yang berani melancarkan keganasan ke atas Iran.
Iran hari ini mempunyai pengalaman dan kekuatan," kata Ahmadinejad dalam ucapan sempena ulang tahun tercetusnya perang Iran-Iraq pada 1980.

"Angkatan tentera kami bersedia menentang musuh. Jika sesiapa mahu menembak peluru ke arah kami, kami akan potong tangan mereka," katanya.

"Seluruh dunia perlu sedar bahawa rakyat Iran akan bersungguh-sungguh mempertahankan hak dan negara mereka," kata Ahmadinejad yang berlepas dari Iran ke New York selepas ucapan itu untuk menghadiri perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Ucapan Ahmadinejad diikuti dengan satu perarakan tentera, acara tahunan menandakan tercetusnya perang di antara Iran dan Iraq yang berlanjutan hampir sedekad.

Hampir sejuta penduduk di kedua-dua pihak mati dalam perang yang tercetus sebaik saja selepas revolusi Islam di Iran pada 1979.

Sementara itu, di TEL AVIV, Israel dilaporkan cuba meyakinkan delegasi perhimpunan agung PBB untuk meninggalkan dewan ketika presiden Iran itu menyampaikan ucapan di perhimpunan terbabit.

"Beberapa hari lalu, beliau memberikan satu ucapan baru yang berbaur kebencian," kata duta PBB Israel, Gabriela Shalev kepada radio tentera yang merujuk kepada Ahmadinejad yang Jumaat lalu sekali lagi menyifatkan Holocaust sebagai satu mitos dalam satu kenyataan yang mencetuskan kemarahan negara Barat dan Russia.










Saturday, September 26, 2009

Rasulullah saw Model Lelaki Sejati

Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “Bagaimanalah kita hendak mengikut Rasulullah saw sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar.”

Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”

Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, Baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya. Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”.

Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti. Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”.

Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.

Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah Hasanah hidupmu wahai Muslim!

Wednesday, September 23, 2009

Allah Selamatkan Saya Ketika Derita

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.

Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang. "Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif. "Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja. "Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.

Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.


Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah. Tidur untuk menahan lapar, saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi. "Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.

Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka. Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya... "Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka." Ya, begitulah juga dengan saya.. hanya pada Allah saya berharap.

Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah. Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ.

Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia.. itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu. Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.

Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.

Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata : "Mmm...sedap.." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena..

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini. Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang.

Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya. Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannyaa33;" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa. Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang.

Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula.

Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan. Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.


Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya. Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).


petikkan dari web iluvislam.com

Usah persoalkan penetapan raya (Khutbah Khas Hari Raya Aidilfitri 1430hijrah)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Khutbah Khas Hari Raya Aidilfitri di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah semalam menyelar segelintir umat Islam di negara ini yang dengan angkuhnya meninggalkan daripada menunaikan puasa pada 30 Ramadan lalu kerana mendakwa mereka sudah melihat hilal (anak bulan) Syawal.

Bukan itu saja, mereka turut menyalahkan pihak berkenaan yang dipertanggungjawabkan untuk merukyah hilal berkenaan kerana tidak berhasil melihatnya sehingga menyebabkan negara ini ketinggalan sehari menyambut Hari Lebaran berbanding dengan kebanyakan negara Islam di dunia ini termasuk negara jiran.

Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Yahya yang menyampaikan khutbah khas berkenaan menyebutkan perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat dan penduduk yang tinggal dalam sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai ketua negara iaitu raja, hendaklah akur dan patuh akan titah perkenan raja berkenaan iaitu dengan mencukupkan Ramadan tahun ini kepada 30 hari.

Menurut Pehin Dato Paduka Seri Setia Haji Yahya, mereka yang tidak berpuasa pada 20 September lalu dengan alasan melihat hilal dengan mata kepala mereka sendiri itu hanyalah menurut runtunan hawa nafsu mereka saja yang tidak tahan ataupun tidak sanggup lagi untuk berpuasa.

Khutbah Hari Raya Aidilfitri bagi masjid seluruh negara antara lain menyebutkan dalam setahun dua ini terjadi pelbagai cubaan Allah iaitu krisis kewangan dunia, pemanasan global, banjir, ribut taufan, tanah runtuh dan kini Selesema Babi H1N1 yang menurut pakar perubatan belum ditemui ubatnya.

Allah menyebutkan dan menyarankan supaya kita bersabar, tenang dan jangan kelam kabut menghadapi cabaran itu kerana hanya orang yang beriman dan tetap hatinya kepada Allah saja yang akan berjaya kerana ketenangan itu akan membawa kepada satu jalan bagi mengatasi percubaan dan cabaran itu, ujar Khatib.

happy teacher's day


slmt ari guru utk semua guru2 d bumi brunei darussalam. hanya allah sja yg membalas jasa dan mendidik kami semua.....

Monday, September 21, 2009

Kalimah Allah di badan ikan


Hajat untuk membeli ikan bara-barahan tidak kesampaian disebabkan sudah habis dijual menyebabkan Haji Yunus Serudin (gambar kanan) dari Kampung Panchor Murai hanya membeli empat ekor ikan merah yang dijual di salah sebuah kedai di Kampung Sengkurong.

Haji Yunus berkata beliau terkejut apabila mendapati salah seekor ikan merah yang dibelinya itu mempunyai huruf jawi berbentuk kalimah Allah di bahagian badannya.

Menurutnya lagi, beliau merasa bertuah kerana ini adalah kali pertama beliau melihat ikan yang mempunyai makna dan tanda kebesaran Allah kepada kita semua lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.

Sunday, September 20, 2009

Wings - Raya Bersama Mus - Joget Hari Kemenangan

salam syawal


ramadan sudah berlalu,kini syawal sudah tiba. mohon maaf lahir dan batin selamat hari raya utk semua

shr 1430 hijrah

Uniknya kejadian buah kurma‏


Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar

sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan
herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini." Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN‏

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
-
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .
-
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
-
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).
-
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
-
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
-
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit . Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
-
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi .
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .
-
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .
-
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Teruskan Kesungguhan Ibadah Ramadan Di Bulan Syawal

Bulan Ramadan yang menjanjikan seribu macam pahala, sering menjadi rebutan setiap insan muslim. Masing-masing mengharapkan ganjaran pahala yang banyak bagi menampung dosa-dosa yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari.

Memenuhi tuntutan serta susulan tazkirah sebulan di bulan Ramadan Fenomena yang sering berlaku di kalangan masyarakat dalam negara ini adalah ketidaksungguhan mereka meneruskan agenda dan aktiviti keagamaan, ia terhenti dengan berakhirnya Ramadan, seolah-olah Ramadan sahaja bulan untuk beribadat sedangkan bulan-bulan lain tidak perlu berbuat demikian.

Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa. Allah bagi pandangan mereka hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan bulan lain bagi tanggapan mereka tidak perlu pengisian rohani. Apabila persepsi ini tidak diubah dari sekarang, mungkin ia akan dianggap betul oleh sesetengah anggota masyarakat. Akhirnya ia menjadi semacam budaya yang merugikan Islam dan umat Islam itu sendiri.

Syawal jadi bulan koreksi diri.

Masjid-masjid dan surau-surau kosong dengan pengunjungnya selepas bulan Ramadan, kerana Syawal bagi pandangan sesetengah umat Islam adalah bulan 'rumah terbuka'. Oleh kerana puasa Ramadan juga sebulan, maka berbaloilah apa yang mereka lakukan bagi memenuhi tuntutan nafsu.

Kelas-kelas pengajian seperti ilmu fiqh, akidah tauhid, tafsir, hadis, sirah, tasawwur dan lain-lain hanya dihadiri oleh mereka yang sama juga, itupun tidak berkitab, hanya mendengar. Setiap kali masalah timbul, para penceramah menjadi sasaran untuk diajukan soalan yang sering berulang, sedangkan sepatutnya setiap apa yang didengar perlu dicatat atau berkitab supaya ilmu yang didengar itu bukan hanya ada dalam kitab, malah ia perlu difahami dengan betul sama seperti anak-anak kita belajar di sekolah masing-masing.

Kalau budaya ini berterusan seperti tahun-tahun sudah, maka ia akan melahirkan insan-insan yang tetap sama fahamannya, malah ia tidak meningkat ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Menurut satu riwayat, kalau amalan hari ini tetap sama dengan semalam, atau amalan esok tetap sama dengan hari ini, maka ia menunjukkan tiada satu pencapaian terbaik digarap oleh umat Islam sebulan dalam tazkirah Ramadan.

Alangkah ruginya masa berlalu, tetapi ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh insan-insan yang kurang prihatin atau peka kepada isu-isu agama mereka, sedangkan banyak persoalan dikemukan oleh para alim ulama’ dalam forum-forum mereka khususnya yang disiarkan menerusi laman-laman web Islam, antara tajuk-tajuk forum yang patut dihadiri oleh umat Islam di bulan Syawal bagi menggilap kemampuan daya berfikir mereka adalah:

1) Mengapa umat Islam berani menentang Allah secara terbuka?

2) Benarkah kita umat yang komited dengan Islam?

3) Benarkah amalan kita diterima Allah sedangkan kita tidak menyumbang kepada Islam?

4) Adakah kita sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah buat umat manusia sejagat?

5) Mengapa masih terdapat ramai umat Islam tidak menutup aurat?

6) Mengapa Allah bukan matlamat sebenar dalam segenap agenda hidup kita?

7) Mampukah umat Islam mengekang kemaraan musuh-musuh Islam dalam segenap aspek hidup mereka?

8) Dimanakah kita dengan Rasulullah s.a.w.?

9) Mengapa para isteri baginda Rasulullah s.a.w. tidak dijadikan role model kepada muslimah hari ini?

10) Bolehkah kita mati dalam agama Islam?


Dan banyak lagi, yang kiranya apabila umat Islam tidak bersungguh untuk memahami salah satu tajuk di atas sebagai jalan untuk memperkasa diri dengan elemen agama, sudah pasti mereka tidak akan menjadi umat yang berjaya dalam hidup.

Tindakan yang perlu kita buat selepas Ramadan.

Justeru, bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.

2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.

3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.

4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.

5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.

6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).

7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.

8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.

10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.

11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.

12) Bertaubatlah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.

13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.

14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang menghalang diri dari menunaikan solat lima waktu.

15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.


Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa.

petikan dari website iluvislam.com

Thursday, September 17, 2009

Khusyuk Dalam Solat


Khusyuk dalam solat amat penting sekali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat,tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.""Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Selain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha untuk fokus: menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.


11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]

Elak Letih Puasa Dibulan Ramadhan


Bagi mengelakkan terasa letih dibulan puasa, anda disaran supaya tidak meminum ais (air batu) semasa berbuka, sebaik-baiknya banyakkan minum air yang panas seperti air teh tarik.

Selain dari itu anda boleh minum air limau nipis/jus oren dan mandi air panas. Insallah badan anda tidak terasa letih diwaktu siang Ramadhan.

Selamat Mencuba! `SEMOGA KITA TIDAK TERMASUK DIDALAM GOLONGAN YANG BERPUASA TAPI SIA -SIA'

personality test.

This is a personality test.
Pick your answers instinctively.
There are no right or wrong answers.

Imagine yourself with a friend at a coffee
bar. Your friend has just ordered a
cappuccino, which you were thinking of
ordering. So what would you do now?

A) "I'll have the same."
B) "Me too."
C) "Make that two."
D) "I'll have an ice tea."
(Or any other completely different drink.)
E) "Cappuccino."

Pick your answer, then scroll down for what each statement means
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
"I'll have the same."
You are a very easy going person. You rarely refuse your friends when
they come to you for help. Occasionally, it may be more wise for you
to say "NO" sometimes. This might save you from unnecessary trouble.

"Me too."
You are an indecisive person. And the reason for that might be
because you think more than others! Sometimes you should just go for
it, otherwise, you might find yourself missing out on a lot of
opportunities that would eventually lead you to success.

"Make that two."
You have a strong will. You want to be in control of others. Although
you do not show this, you have a hidden desire to be better than
everyone who surrounds you.

"I'll have an ice tea."
(Or any other completely different drink.)
You are extremely competitive and not afraid to show it. You
will never settle for second best. However, you should be careful of
your actions, as others may feel uncomfortable because of your
stubborn nature to win at all costs.

"Cappuccino."
Stubborn is the best word to describe you. You will not give in to
anything once your mind is set. You live by your own rules, and damn
the consequences. But to many people, you are just a hard-headed
person with little consideration to others.

Mengenal Kelemahan Lelaki


Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.