erpuasa tapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga, tetapi enggan menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya bersolat ketika Ramadan.
Amalan yang dilakukan itu boleh menyebabkan puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat kerana solat adalah tiang agama. Ada pula yang menyuruh anak berpuasa, tetapi membiarkan mereka tidak menunaikan solat.
Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih memakai seluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan wanita tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar di bazar Ramadan.
Lebih malang, ada wanita yang tidak berpuasa kerana uzur (datang haid atau nifas) tidak menghormati Ramadan kerana makan di khalayak ramai.
Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD) sedangkan Ramadan hanya datang setahun sekali dan patut digunakan bagi membaiki amalan serta menginsafi kesalahan lalu.
Sepatutnya, Ramadan kita gandakan dengan membaca al-Quran, menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa memasang niat untuk berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.
Merebut peluang mencari wang dengan berniaga, tetapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda. Perniagaan tidak salah, tetapi berniaga sambilan khusus pada bulan puasa akan mewujudkan perspektif berbeza dan memberi kesan kepada ibadat puasa.
Kualiti amal akan berkurangan kerana tambahan beban, tetapi jika banyak bermujahadah dan mengimbangi antara kerjaya dan ibadat, itulah yang terbaik.
|
petikan dari website hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment