Tuesday, September 08, 2009

P E R S O N A L I T Y tarik lahir anda


Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28
~ Harimau Bintang


Mac 01-12
~ Monyet

Mac 13-15 ~
Singa

Mac 16-23 ~
Tikus

Mac 24-31 ~
Kucing

April 01-03 ~
Anjing

April 04-14 ~ Harimau
Bintang

April 15-26 ~
Tikus

April 27-30 ~
Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati


Mei 22-31
~ Singa

Jun 01-03 ~
Tikus

Jun 04-14 ~
Kura-kura

Jun 15-20 ~
Anjing


Jun
21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~
Kucing

Jul 01-09 ~
Tikus

Julai 10-15 ~
Anjing

Julai 16-26 ~
Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas
01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~
Tikus

Ogos 26-31 ~
Kura-kura

September 01-14 ~
Merpati

September 15-27 ~
Kucing

September 28-30 ~
Anjing

Oktober 01-15 ~
Monyet

Oktober 16-27 ~
Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau
Bintang

November 01-16 ~
Singa

November 17-30 ~
Kucing

Disember 01-16 ~
Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati






Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya.
Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah
kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu
adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang
yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang
menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen
juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari
pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun
kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan
kamu memang mempunyai kualiti yang baik.



Tikus:
Kamu ini
memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak
bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang
disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang
memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput
untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu
begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati
untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan
kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu
perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas
dari melakukan kesilapan.

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang
pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah
tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang
lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan
disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain,
jadi berhati-hati.


Kucing:
Kamu memang
penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang
senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru
dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam
situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta
merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak
bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam
berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.
Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:


Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan
begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu.
Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu
tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi
dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan
memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah
sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja
yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan
teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu.
Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang
paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam
pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh
cinta!


Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh
berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap
senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram.
Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya
bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di
bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang
tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap
itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.


Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu
segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya
dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak
berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi.
Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kam
Publish Post
u.
Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak
mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di
dalam perniagaan.

p/s utk suka suka sja. jgn percaya sangat. takut mjadi sirik.

No comments:

Post a Comment