Tuesday, September 08, 2009

Peringatan Untuk Umat MUHAMMAD S.A.W‏

MANUSIA itu sifatnya lupa dan sering lalai. Kerana itu, kita harus sentiasa
diperingatkan. Dalam kesibukan mengharungi hidup duniawi yang sangat
mencabar ini, kita sering lupa akan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
Lantaran itu, kita lebih banyak mengejar perkara duniawi yang bersifat
sementara dan tidak kekal ini dan meninggalkan perkara yang jauh lebih
berharga lagi kekal abadi.

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w., kita sebenarnya sungguh bertuah kerana
Allah S.W.T. telah mengurniakan pelbagai kelebihan dan penghormatan berkat
kemuliaan junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., penutup segala nabi.
Alangkah rugi sekiranya kita tidak mengambil peluang ini, dan kita
gunakannya sungguh-sungguh untuk menjamin masa depan yang baik, iaitu yang
mendapat keredhaan Allah, yang selamat dari neraka Allah dan mendapat syurga
Allah S.W.T.

Peluang ini kita hanya dapat sekali, dan tidak mungkin ada kali yang
keduanya. Namun, ramai daripada kita yang seolah-olah tidak menyedari
hakikat ini.

Di bawah ini tersenarai peringatan-peringatan untuk renungan kita semua.
Semoga ianya berguna dan bermanfaat kepada pembaca-pembaca.


BAB 1

FADILAT UMAT MUHAMMAD S.A.W

Peringatan 1.

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dan Muqatil bin
Sulaiman berkata;

Nabi Musa a.s bermunajat: Ya Raabi, aku mendapatkan dalam alwaah, ada suatu
umat yang dapat memberi syafaat dan akan diterima syafaat mereka. Jadikanlah
mereka umatku?

Jawab Allah: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, aku dapatkan juga umat yang tebusan dosa mereka cukup dengan
sembahyang lima waktu, jadikanlah mereka umatku.

Jawab Allah: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, aku dapatkan juga ada umat yang akan membasmi kesesatan sehingga
mereka akan membunuh Dajjal yang bermata sebelah, jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kesucian mereka dengan air dan
tanah, jadikanlah mereka umatku.

Jawabnya: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang boleh menerima sedekah dan
memakannya, padahal umat-umat yang dahulu harus dibakar dengan api. Jadikan
mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang bila seseorang berniat akan
berbuat kebaikan dan tidak jadi berbuat, dicatat satu hasanah (kebaikan),
lalu bila dikerjakan ditulis sepuluh hasanah, dan dapat dilipat gandakan
hingga tujuh ratus lebih, dan bila niat kejahatan tidak ditulis, dan jika
dikerjakan kejahatan itu ditulis hanya satu. Jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang tujuh puluh ribu orang dan mereka
akan masuk syurga tanpa hisab, jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.


Mamar meriwayatkan dari Qatadah sama seperti ini tetapi dengan tambahan:

Ya Rabbi, aku juga mengetahui akan suatu umat yang merupakan sebaik-baik
umat kerana mereka melakukan amar maruf dan nahi munkar, jadikanlah mereka
umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang terakhir masanya, tetapi terdahulu
di hari kaimat, jadikan mereka umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kitab Allah itu di dalam dada
mereka (hafal) tetapi mereka membacanya sambil melihat, jadikan mereka
umatku.

Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Sehingga Nabi Musa a.s. ingin menjadi umat Muhammad s.a.w. Lalu Allah
menurunkan wahyu kepadanya: Ya Musa, Aku telah memilih engkau dan semua
manusia untuk menerima risalah-Ku dan firman-Ku maka terimalah apa yang Aku
berikan kepadamu, dan jadilah dan golongan orang-orang yang bersyukur.

(Dan dari kaum Musa ada orang-orang yang memimpin umat ke jalan yang hak,
dan dengan hak itu mereka berlaku adil). Maka Nabi Musa a.s. berpuas hati
dengan jawapan Tuhan ini serta redha).

No comments:

Post a Comment