Tuesday, September 08, 2009

Kelebihan Sujud‏


Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN
ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang
tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun
ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu
mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal
manusia.



Manusia melakukan sujud dalam
dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual
berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih
lama.


Antara hikmah lain sujud
adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke
tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:



- membetulkan kedudukan buah
pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.


-
membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

-
melegakan sakit hernia. (burut)

-
mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

-
melegakan paru-paru daripada ketegangan.

-
mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.


-
kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.

-
meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya
mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu,
dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada
sujud.

- pergerakan otot itu
menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan
kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi
wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah
dada.

- mengurangkan
kegemukan.

- pergerakan bahagian otot
memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal
serta terhindar daripada sakit gelombang perut
(convulsions).

- organ terpenting iaitu otak
manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


-
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak
secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.


Dari segi psikologi pula,
sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta
sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari
segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah
ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak
serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Menurut kajian, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah
sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk
berfungsi secara normal dan sempurna.

No comments:

Post a Comment