Monday, March 01, 2010

10 ubat tradisional diharamkan

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Kementerian Kesihatan telah mengharamkan penjualan 10 ubatan tradisional, kebanyakannya dari Indonesia yang dikesan mengandungi bahan asing.

Selain itu, satu produk kosmetik dengan jenama Beauty Magic Cream juga dikesan mengandungi bahan hydroquinone.

Bahan-bahan asing yang dikesan dalam ubat-ubatan tradisional dan produk kosmetik ini boleh membahayakan kesihatan jika digunakan tanpa mendapat nasihat perubatan yang sewajarnya.

Orang ramai yang telah mengambil ubat-ubatan ini dinasihatkan berhenti mengambilnya serta merta dan jika mengalami rasa kurang sihat, mereka hendaklah segera berjumlah doktor.

Sesiapa yang didapati menjual ubat-ubatan ini diingatkan bahawa ia merupakan satu kesalahan dibawah Akta Racun 1956 dan boleh dikenakan denda sehingga B$8,000 atau penjara sehingga enam bulan. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan melalui nombor telefon 2230036.

SENARAI UBAT YANG DIHARAMKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
1. Ular Sakti Tablet Gatal

2. Ubat Ular Pill

3. Asam Urat Flu Tulang Lawang Emas Tablet

4. Tian Ma Ren Sheng Shu Huo Wan

5. Asam Urat Flu Tulang Pengapuran Pil

6. Jamu Darah Tinggi Stroke & Diabetes Akar Pinang

7. Pegal Linu Encok Rematik

8. Flu Tulang Pengapuran Ginseng Corea Powder

9. Jamu Kapsul Asam Urat Unta Kapsul

10. Asam Urat Flu Tulang Pengapuran Tablet.

No comments:

Post a Comment