BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seorang wanita tempatan berumur dalam lingkungan 20-an bernekad untuk terjun dari jendela bangunan pangsapuri tingkat empat 4 di kawasan Batu Satu Jalan Tutong hari ini.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Cawangan Bandar Seri Begawan bergegas di tempat kejadian setelah menerima panggilan dari anggota keselamatan bangunan terbabit pada pukul 5.06 petang diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba & Penyelamat BSB, Abdul Suffriyan Haji Abdul Hamid.
Menurut salah seorang saksi di tempat kejadian, beliau ketika itu sedang mengeluarkan wang dan beberapa saat kemudian anggota Polis mengarahkan beliau untuk memindahkan kenderaannya ke tempat lain.
Anggota keselamatan dipercayai mengambil masa satu jam untuk meredakan keadaan yang mana pasukan Skuad Khas, Bomba Berakas turut berada di tempat kejadian untuk membantu dan turut menempatkan jaring keselamatan.
Menurut Timbalan Pegawai Balai selaku Pegawai Operasi Mohd Ali Hassan menjelaskan, wanita tersebut hampir terjun tetapi keluarga wanita yang berada di sebelah bilik itu mencuba untuk memujuk manakala pekerja penyelanggaraan bangunan bersama beliau dan anggota pasukan Bomba lain cuba membuka pintu yang sedang berkunci.
Apabila pintu tersebut dibuka, Mohd Ali dengan secara diam menarik wanita itu dari jendela itu tanpa pengetahuannya dibantu oleh beberapa anggota Bomba dan Penyelamat lain.
Wanita terbabit kemudiannya dibawa terus ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
ASSALAMUALAIKUM
ReplyDeleteKAN BETANYA SAJA. DIANTARA PEMBANTU PEMBANTU USTAZ ABU KASSIM ATU, SIAPA-SIAPA DIANTARA YANG DAPAT MEMBUAT RAWATAN SELAIN USTAZ ATU SENDIRI