Thursday, March 04, 2010

Lelaki terkejut jumpa mayat dalam longkang

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Seorang lelaki yang ingin membuang air kecil di sebuah longkang di kawasan Stesen Jana kuasa Elektrik Berakas, hari ini terkejut besar apabila menemui satu mayat terbaring dalam longkang berkenaan. Menurut polis, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.05 petang.

Lelaki berkenaan terus menghubungi Balai Polis Berakas mengenai penemuan tersebut.

Berikutan itu, polis dikejarkan ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan awal, pakar patologi percaya bahawa mayat itu merupakan mayat seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia serta berada dalam longkang berkenaan untuk tempoh 2 hingga 3 hari. Siasatan lanjut dan bedah siasat akan dilakukan terhadap mayat berkenaan pada pagi esok.

Sehubungan itu, polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Balai Polis yang berdekatan.

Polis juga menyeru kepada mereka yang mempunyai sahabat atau ahli keluarga yang hilang serta gagal untuk pulang ke rumah supaya memberikan kenyataan dan melaporkan kepada Polis ke talian kecemasan, 993 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis turut menyatakan penghargaan kepada lelaki yang menemui mayat dan membuat laporan mengenai penemuan berkenaan.

No comments:

Post a Comment