BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Harga rokok di negara ini dinaikkan sebanyak 10 sen berkuat kuasa 1 Mac, menurut pengedar rokok tempatan hari ini.
Jenama-jenama rokok yang terbabit dengan harga baru itu adalah dari Malaysia seperti Dunhill, Benson & Hedges, Perilly's, Pall Mall, Viceroy, Mild Seven dan Winston.
Eksekutif Negara bagi Lubritrade, iaitu syarikat pengedar utama bagi jenama Mild Seven dan Winston, Ben Ong berkata, kenaikan itu adalah disebabkan peningkatan harga oleh pembekal.
Menurut beliau, kenaikan itu adalah minima dan tidak memberi impak besar kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment