TEMBURONG, Isnin - Polis Temburong telah menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 28 tahun dalam satu operasi pencegahan jenayah kerana dipercayai terlibat menjalankan kegiatan perjudian empat nombor ekor.
Berikutan penangkapan itu, polis turut merampas wang tunai B$450, dipercayai wang pembelian pertaruh an serta senarai nombor yang dibeli oleh pelanggan dan beberapa buah telefon bimbit.
Polis mengesyaki lelaki berkenaan bertindak sebagai ejen dan dia dibawa ke Balai Polis Temburong untuk siasatan lanjut.
Lelaki tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 4 (28) Akta Rumah Perjudian yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak $5000 dan juga 12 bulan penjara.
Sehubungan itu polis mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat atau melibatkan diri dengan sebarang kegiatan perjudian.
No comments:
Post a Comment