Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Who's Got Talent 2 meriah

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Bermula pada hari ini sehingga 31 Mei, penggemar bidak kesenian di negara ini dialu-alukan untuk menyertai pertandingan "Who's Got Talent 2" anjuran B.Moblie kendalian Relentless Entertainment.

Hari ini pertandingan yang mencungkil bakat tempatan pada Jun tahun lalu diadakan sekali lagi dan dibuka rasmi di The Coffee Bean and Tea Leaf Gadong dengan menampilkan kumpulan tarian Relentless yang cukup menarik perhatian pengunjung ke The CentrePoint Gadong.

Pertandingan yang menawarkan hadiah $3,500 kepada johan, $2,000 kepada naib johan, $1,00 kepada tempat ketiga dan $700 kepada tempat ke empat itu berjaya menarik penyertaan beberapa bakat tempatan yang kini telah menghantar video masing-masing bagi penelitian pihak penganjur sebelum dipilih untuk ke pusingan seterusnya.

Selain pelancaran bagi pertandingan itu hari ini, B.Moblie turut melancarkan laman web mereka yang baru iaitu www.gayabmobile.com.bn.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti kuiz, cabutan undi bertuah dan pertandingan menulis pesanan ringkas pantas yang menawarkan hadiah menarik kepada peserta dan pengunjung ke majlis itu.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan itu boleh menghubungi Marty dan Amy di talian 8121248.

Untuk mengundi video dan peserta yang diminati peminat boleh mengundi ke talian 38822 dan menurut kenyataan B.Moblie undian hanya boleh dibuat oleh pelanggan talian itu sahaja.

No comments:

Post a Comment