Wednesday, February 24, 2010

Pemandu wanita digantung lesen seumur hidup

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penggantungan lesen memandu seumur hidup serta penjara selama 18 bulan ke atas seorang wanita yang didapati bersalah dalam kes langgar lari sehingga membawa kematian terhadap penunggang basikal New Zealand pada 13 April tahun lalu.

Dayangku Zahratul Hasima Pengiran Haji Hassan, 33 tahun, turut dijatuhi hukuman denda $5,700 atau penjara selama dua bulan lapan minggu jika gagal menjelaskan dalam masa lapan minggu.

Dia menghadapi enam pertuduhan termasuk memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian Leanne Jefford, 47, iaitu isteri kepada juruterbang RBA, Kapten Michael Jefford.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman itu ditangguhkan atas permintaan peguam bela tertuduh, Haji Zul Sukarla sementara menunggu rayuan oleh defendan.

No comments:

Post a Comment